Kerana dirimu amat berharga

Saturday, July 17, 2010

18SX: Ambil Kesempatan

Sana-sini kedengaran ramai orang tidak berpuas hati dengan 'penyelarasan' harga petrol dan gula baru-baru ini. Lepas ni pasti harga barang-barang lain turut dinaikkan oleh peniaga terutamanya pengusaha restoran dan kedai makan.

Oleh itu marilah kita mengambil kesempatan ini untuk mengurangkan pengambilan gula, selain dapat berjimat ia amat baik untuk menjaga kesihatan. Kurangkan makan di luar, selain dari jimat petrol, makan masakan sendiri di rumah lebih sihat serta dapat memupuk kasih sayang berkeluarga, terutama jika suami isteri masak bersama.

Masak sendiri, kita tahu apa yang kita masukkan dan jadikan makanan lebih sihat.
Teringat soalan lazim seorang kawan Myanmar jika makan di rumah kami, 
"Apa you letak dalam?"

Bagi mat rempit dan pemandu kereta yang suka tekan pedal minyak rrrapat ke lantai tu, ambil kesempatan ini untuk mengubah tabiat pemanduan anda. Bukan sahaja dapat menjimatkan minyak, kemalangan juga dapat dikurangkan, serta stress yang diakibatkan kepada pemandu lain turut dapat dielak dengan bertambahnya pemandu berhemah di jalan raya kita.

Komplen, komplen juga, but let us take it positively. No stress, live happily.
Rezeki habis kot sini, insyaAllah Tuhan akan ganti kot lain...

12 comments:

  1. Azdie... kalau kita mengomel pun jadi seperti anjing menyalak bukit aje ye tak? Mahu tak mahu kita terpaksa dalam rela menghadapi kenaikan semua barang ekoran dari kenaikan harga minyak.. Makan apabila lapar, berhenti sebelum kenyang..jangan pakai main sumbat sampai ke leher, selain dari jimat belanja, badan yang montel untung2 boleh slim balik..hehehe

    ReplyDelete
  2. Ummm...bagaimana pula dengan rakyat Malaysia yg memang sudah selama ini mengikat perut mereka dlm menjalani kehidupan mereka...

    apakah sebenarnya punca penarikan subsidi ini...?

    ReplyDelete
  3. Nasib masih dok NZ. Kat city plak tu. Most of the time jalan kaki je (p/s: tak sedar diri dgn mahalnya harga apartment, harga childcare, harga car park, harga groceries, mee/nasi goreng sampai $10...adoooohaiiii)

    ReplyDelete
  4. Kak Tirana,
    itulah... gula kena beli jugak, minyak kereta kena isi jugak. Kalau tiap2 kali tgk gula rasa marah, tiap2 kali isi minyak rasa geram, tak ke sakit nanti...

    Rozaini,
    Memang benar, kesian kat depa. Banyak blog, komentar dsb menyentuh perkara2 tersebut. Saya serahkan pada yang ahli utk membicarakannya. Kalau saya yang ulas tanpa bukti, takut tersalah. Kewajipan kita, kena bantu mereka selagi ada kemampuan.
    ~terima kasih singgah ke sini =)

    bakh,
    dah berapa kali aku terpikir nak migrate. Walaupun living cost sana mahal, tapi gaji bersesuaian la tingginya. Mcm di sini, barang dok naik, gaji dok tang tu jugak...
    p/s:ingat nak jalan/naik basikal dr umah gi opis, 5km. Tapi by the time sampai mesti basah lencun berpeluh...

    ReplyDelete
  5. Ntah berapa rege kuih di bulan ramadhan akan dtg? Dulu2 kuih lima singgit. lama2 esok jd 1 singggit agaknya. I, bulan puasa tak masak sendiri! ayoyo...

    ReplyDelete
  6. baru blajo berjimat kena tambah usaha berjimat lagik ni.. mau mati kering cenggini

    ReplyDelete
  7. TK,
    hmm, tu lah makin lama makin sikit kuasa duit singgit membeli kuih.
    ada harapan la biskut raya pun naik rege nih... =)

    cemomoi,
    Masa naik yg dulu dah kurangkan dah ek, ni nak kena kurangkan lagik... pas ni minum teh kelat & kopi pait ler...
    *tima kasih krn sudi singgah ke maghi.

    ReplyDelete
  8. salam,

    setuju elok la makan di rumah bagi yang dah berkeluarga tu jimat kos dan kebersihan pun terjamin serta kolesterol pun dapat dikurangkan..

    ReplyDelete
  9. nak tak nak..

    kena hadapi aje lah

    inilah negaraku...duniaku !!

    ReplyDelete
  10. penjejak maya,
    ada sekali karam singh walia serbu kedai2 makan dlm siri aduan rakyat. Depan kedai perfect, masuk dapur....

    ikan emas,
    kadang2 terfikir sapa cipta pepatah 'hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri'. dia tak suka emas kot. Baik tak baik, I love my country... kannss =)

    ReplyDelete
  11. Minum teh cina jer. Tak perlu gula. Sbb tu org2 cina di negara cina tak mengidap diabetes. Akak skrg pun dah mula amalkan minum teh cina. Teh O kosong pun boleh!

    Bila petrol dah naik harga ni, lebih elok gunakan pengangkutan awam ke pejabat. Memang menjimatkan. Tapi lebih jimat kalau berbasikal saja. Selain berjimat dapat melakukan senaman sekali.

    Nak sangat tengok PM dan kesemua ahli2 parlimen mengayuh basikal ke pejabat.

    ReplyDelete
  12. Kak zara,
    teh cina, green tea, jasmine tea, byk pilihan dan tak payah gula pun sedap kan. InsyaAllah kita boleh cope up, tapi kesian pikirkan orang2 yg dah memang kais pagi makan pagi.
    Betul, buat contoh teladan, baru real pemimpin berjiwa rakyat, hidup seperti rakyat.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails