Kerana dirimu amat berharga

Sunday, July 25, 2010

There goes our weekend

It's raining heavily out there. Dark. Even though today is my wife's birthday, we did not go out to celebrate. Just stayed at home, no cakes, only with home cooked meals. Malas nak keluar (sebenarnya nak jimat budget dalam keadaan ekonomi rumahtangga masih belum stabil.. hehe...).




Well, although we just stayed at home, it does not mean that we can not celebrate, can we?




For breakfast, we had meehoon tomyum gung. Specially made to taste like TOT (Taste of Thai), one of our favourite Thai cuisine in Bankstown, Sydney.



For lunch, we had rice with kerabu ulam raja, kangkung belacan and again the tomyam leftover.

Kerabu Ulam d'Raja*


Kangkung Belacan

For Dinner, just need a little creativity and thinking to use whatever we have in the kitchen.

I hope all these delicious cooking (perasan...) will make up for the absence of birthday cake and also card this time.



PERIHAL ULAM DAN KERABU
Kalau kita ke pasar malam, macam-macam ulam ada dijual. Yang kaki ulam, rasa macam nak beli semuanya. Di sini satu ikat seringgit, dan seikat tu kadang-kadang macam boleh makan 10 orang. Ulam ni kalau disimpan lama-lama pun tak sedap, dia layu dan tak rangup lagi. Maka supaya cepat habis dan tidak membazir, sesetengah jenis ulaman boleh dijadikan kerabu, baru lajuuu je makan. Antaranya yang pernah saya guna ialah daun selom,  ulam raja, taugeh, dan daun kunyit (kalau ada banyak daun muda). Di sydney dulu gunakan parsley, dan pernah juga gunakan epal hijau. Nak terangkat lagi, masukkan perut yang dah direbus ataupun kerang. Pergh.

Royal Salad Recipe, kita kata kerabu la, hehe.
Bahan-bahannya:
Ulaman segar
Cili atau cabai (nak pedas bubuh cabai melaka/cili padi)*
belacan* 
Limau nipis (saya suka guna limau krisik/kasturi sebab lebih wangi)
bawang merah, dihiris dan selebihnya ditumbuk dengan cili tadi
kerisik
garam & gula secukup rasa
*kalau ada baki sambal belacan semalam, boleh gunakan terus.

Optional jika nak tambah:
daun bawang
udang kering atau kicap sutong (saya tak bubuh, nanti jadi mcm kerabu siam)
Perut/kerang (rebus sampai masak dulu ya, nanti tak pasal2 food poisoning)
atau lain-lain bahan yang difikirkan sesuai mengikut pengalaman

Caranya:
Hiris ulam sehalus yang boleh. Bab ni saya surrender, memang kasaq sikit hasilanya, hehe. Sediakan sambalnya, kemudian gaul saja semua bahan2 itu. Pastikan kerisik dan asam limau mencukupi, adjust garam dan gula supaya tidak berlebihan.

NOTA: Oleh kerana ianya tidak dimasak, pastikan anda menggunakan peralatan yang bersih, daripada chopping board, pisau dan ulam itu sendiri. Gaul guna tangan lebih ada umphh, tapi pastikan bersih sebersih-bersihnya.

6 comments:

  1. Happy birthday to Azdie's wife. Kak tirana peminat sayur kangkung.. Dah lama tak beli kangkung.

    ReplyDelete
  2. salam,

    jarang nak makan ulam tapi nampak sedap makanan tu..

    ReplyDelete
  3. salam.. blog hopping.. singgah2 la blog hamba kalau nak baca pengalaman hamba mengembara di 45 BUAH NEGARA.. :)

    ReplyDelete
  4. Kak Tirana,
    terima kasih. Kami pun suka kangkung. Pasar malam depan rumah je, so tiap2 minggu tukar2 sayur.

    penjejak maya,
    makan ulam ni sedap jika kena dengan sambal/pencicahnya. Ada yang sedap makan dengan sambal belacan, ada yang lagi sedap dimakan dengan sambal nyoq, budu dan tempoyak pun jalan jugak.

    jhazkitaro,
    terima kasih singgah sini. Jeles tengok blog sedara yang berpeluang melancong merata-rata tu.. Tumpang dok muda, bagus la pi berjalan cari pengalaman begitu.

    ReplyDelete
  5. I kalau takde birthday card from hubby, merajuk tau!...tapi bila turn hubby punya birthday I buat2 lupe je..hehe

    Of all the days, birthday wife pun budget gak ke?? Setahun skali kan..

    Gurau je yek..jangan mare..

    ReplyDelete
  6. TK,
    Tak marah lah, I was feeling guilty too, but then kena make it up lah kan with something else...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails