Sedikit ringkasan daripada kuliah hadis di surau dekat rumah saya minggu lepas. Ustaz telah menghuraikan hadis dan menceritakan dengan baik kisah Ka'ab bin Malik yang bercakap benar walaupun tahu akibatnya, terpaksa saya control supaya air mata tak menitis...
Ka'ab adalah antara sahabat yang awal memeluk Islam. Pada awalnya, dia seorang yang hidup susah. Namun setelah Islam berkembang di Madinah, dia semakin senang. Kebunnya menjadi, dagangannya berhasil. Kisah bagaimana Ka'ab bin Malik dan dua lagi sahabat yang 'ketinggalan' dalam mengikuti perang Tabuk ada disebut di dalam Al-Quran.
Diceritakan Ka'ab tidak pernah ketinggalan mengikuti peperangan. Namun ketika umat islam bersiap sedia untuk ke Tabuk, dia sedikit leka dan berlengah-lengah dalam menyediakan persiapan perang, sementelah pada waktu itu kebun sedang menjadi, banyak kerja yang perlu dibuat. Namun di hatinya tidaklah sampai tidak mahu turut serta ke medan perang. Akibat sikapnya itu, dia telah tertinggal daripada mengikuti tentera Islam ke medan Tabuk.
Sentiasalah bermuhasabah akan diri... |
Sepanjang ketiadaan umat Islam yang lain, perasaan Ka'ab sedikit serba salah. Apabila keluar ke kota, dilihatnya ramai orang tua, perempuan, orang bukan islam dan beberapa golongan munafik. Mendengar berita Rasulullah dalam perjalanan pulang, hatinya semakin risau. Apa yang harus dikatakan pada Rasulullah bila ditanya kenapa tidak hadir dalam peperangan? Haruskan dia mencipta alasan? Beliau mendapatkan nasihat ahli keluarganya bagaimana hendak keluar daripada masalah itu.
Sesampainya Rasulullah pulang ke Madinah, baginda masuk ke masjid dan solat sebelum melayan tetamu baginda. Mereka yang tidak ikut serta ke medan perang, terutamanya orang munafik, terus memberikan pelbagai alasan pada Rasulullah. Namun baginda bersikap biasa dan menerima alasan mereka, kerana baginda tahu mereka itu munafik. Apabila terpandang Ka'ab, senyuman wajah baginda berubah kerana baginda tahu Ka'ab adalah seorang sahabat yang mulia. Sewaktu itu Ka'ab sudah tekad, dia tidak sanggup menipu di hadapan kekasih Allah ini. Apabila ditanya, Ka'ab menjawab, "Wahai Rasulullah. Seandai aku membohongimu dengan pelbagai alasan, mungkin aku akan terlepas di dunia ini, namun ia mengundang murka Allah dan tidak terlepas di akhirat kelak. Jika aku bercakap benar, sudah pasti engkau akan marah kepadaku. Namun aku memilih untuk berkata benar dan mengharapkan pengampunan Allah dan Rasulnya. Sesungguhnya aku tidak punya apa-apa alasan yang menghalangku untuk mengikutimu ke medan perang." Benar, Rasulullah sangat marah. Tidak mengikuti angkatan perang tanpa sebarang alasan adalah antara dosa besar pada ketika itu. Umat Islam telah diarahkan untuk tidak bercakap atau berhubung dengan Ka'ab dengan memulaukannya sementara menunggu perintah dari Allah. Begitu juga dengan 2 orang sahabat yang lain.
Dalam waktu pemulauan itu pelbagai ujian telah diturunkan kepada Ka'ab. Kisah pemulauan itu tersebar sampai ke luar negeri. Utusan seorang raja kristian daripada negara jiran telah datang membawa surat daripada raja berkenaan, mempelawanya untuk datang ke negerinya dan akan diberikan layanan istimewa. Ka'ab semakin tertekan kerana dia sedar itu adalah ujian Tuhan. Dia terus menerus memohon ampun.
Tiba hari ke 40, utusan Nabi datang memberitahu arahan supaya Ka'ab menjauhi isterinya. Ka'ab sekali lagi tersentak. Sudahlah dia dipulaukan masyarakat, sekarang isterinya juga tidak boleh didampingi. Namun dia tetap patuh. Isterinya disuruh pulang ke rumah ibubapanya, maka tinggallah dia berseorangan.
Masuk hari ke 50. Seusai beribadah Ka'ab naik ke atas bumbung rumah, memikirkan nasib dirinya. Tiba-tiba terdengar suara kuat berbunyi, 'Bergembiralah kamu wahai Ka'ab bin Malik! Bergembiralah kamu wahai Ka'ab bin Malik!' Dia lalu bersujud tanda syukur, taubatnya telah diterima. Rupanya Rasulullah telah memberitahu para sahabat baginda bahawa Allah telah menerima taubatnya, maka ramailah para sahabat yang menuju ke rumahnya untuk menyampaikan berita itu dan mengucap tahniah. Betapa gembiranya Ka'ab dengan berita itu sehingga dia melondehkan pakaian yang dipakainya untuk diberikan kepada pembawa berita yang mula-mula sampai memberitahu berita pengampunan itu. Sedangkan itulah sahaja pakaian yang dimilikinya pada saat itu.
Ka'ab lalu pergi mengadap Rasulullah. "Bergembiralah kamu atas hari ini! Inilah hari yang paling baik bagimu sejak kamu dilahirkan oleh ibumu!" kata Rasulullah kepada Ka'ab. Apakah ini daripadamu ya Rasulullah atau dari Allah?" Rasulullah menjawab dengan wajah yang ceria dan gembira, "Ini adalah dari Allah." Maka semua sahabat mengucapkan tahniah serta memeluk Ka'ab yang menangis kegembiraan. Diceritakan juga beliau telah menginfaqkan sebahagian besar hartanya, kerana sebab hartanya itu lah beliau telah menerima ujian yang amat besar.
وَعَلَى الثَّلَاثَةِ الَّذِينَ خُلِّفُوا حَتَّىٰ إِذَا ضَاقَتْ عَلَيْهِمُ الْأَرْضُ بِمَا رَحُبَتْ وَضَاقَتْ عَلَيْهِمْ أَنفُسُهُمْ وَظَنُّوا أَن لَّا مَلْجَأَ مِنَ اللَّـهِ إِلَّا إِلَيْهِ ثُمَّ تَابَ عَلَيْهِمْ لِيَتُوبُوا ۚ إِنَّ اللَّـهَ هُوَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ
"Dan (Allah menerima pula taubat) tiga orang yang ditangguhkan (penerimaan taubat mereka) hingga apabila bumi yang luas ini (terasa) sempit kepada mereka (kerana mereka dipulaukan), dan hati mereka pula menjadi sempit (kerana menanggung dukacita), serta mereka yakin bahawa tidak ada tempat untuk mereka lari dari (kemurkaan) Allah melainkan (kembali bertaubat) kepadanya; kemudian Allah (memberi taufiq serta) menerima taubat mereka supaya mereka kekal bertaubat. Sesungguhnya Allah Dia lah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani."
(At-Taubah: 118)
:: Agak-agak kita boleh ke infaqkan kereta baru kita yang kerananya kita menghabiskan masa sampai kadang2 lalai ke surau, asyik dok menggilap kereta... (nasib baik saya takde kereta baru)
:: Pernah tak kita mencipta alasan semata-mata untuk meloloskan diri? Di dunia mungkin terlepas, di hadapan Allah? fikirlah sendiri...
Azdie, kalau "diam saja" tak bole ke?
ReplyDeleteMacam Scha kata kat sini:
http://liriklagu.co.cc/diam-lebih-baik-news
fairus, mmg diam itu lebih baik.
ReplyDelete#boleh tahan jugak Scha tu =)
Kat mana yg boleh tahan tu Azdie?
ReplyDeleteamboi,kat mana2 lah... ;p
ReplyDeleteDekat ciri fizikal orangnya ke, atau dekat pendapatnya (cara menyampaikan hujaH) dalam artikel tu?
ReplyDeletesalam semoga Allah melindungi kita
ReplyDeletegulp!!!!
ReplyDeleteerr...
err...........
fairus,
ReplyDeletetuan lebih memahami .. ngee =)
salaam abu luqman,
...serta mengampuni dosa2 kita amiin.
isabelle,
err... nak kata apa ... =)