Dalam kecanggihan teknologi maklumat sekarang, segala info hanya di hujung jari. Tanyalah apa jua pada Mr Google, ada saja jawapannya. Pernahkan anda google diri sendiri? Cuba try test tengok apa hasilnya.
Budak-budak seawal sekolah rendah sudah pandai menggunakan internet untuk mencari maklumat menyiapkan kerjarumah. Kes plagiarism juga meningkat di kalangan pelajar universiti dalam menyiapkan assignment akibat daripada mudahnya mendapat maklumat di internet.
Sesekali saya suka juga tengok apakah keywords yang membawa pengguna ke blog saya yang tak glamer ni. Yang tak pernah terkeluar dari carta ialah 'terlajak perahu boleh diundur'. Mungkin budak-budak sekolah nak buat karangan pasal peribahasa, tapi artikel tersebut tak berguna pun. Sorilah yer adik-adik. Yang mencari maksud hadis pun ada, membuatkan saya perlu sentiasa berhati-hati menulis tazkirah agar maklumatnya betul, kerana saya bukan ostaz.
Yang mencari 'blog abu aiman' tu, saya rasa ada diantaranya pelajar kelas saya. Ada satu hari tu, tetiba kedengaran suara berkata, 'Sir, I read your blog!' 'What blog?' 'Blog abu aiman.' Haha, you've found me. Habislah lepas ni aku dah tak boleh nak tulis merapu. Kalau nak baca silakan, follow pun takpa. Yang baik ambil pengajaran, yang merapu untuk rehat-rehatkan minda. Lebih baik baca nota.
Yang hairan, sentiasa ada orang yang mencari maklumat mengenai minyak pengasih. Memang kalau digoogle, boleh tahan banyak juga yang dok mengiklankan perkhidmatan jualan minyak pengasih ni. Harap-harap kalau yang ada niat mencari minyak pengasih tu, bila tersinggah di sini tak jadi lah nak teruskan niat. Bawaklah bertaubat.
Tapi kali ni yang membuatkan saya tergelak ialah keyword 'umpama timun yang bengkok'. Saya pernah cerita menggunakan perumpamaan 'umpama timun dengan durian'. Tapi takde pulak cerita pasal 'timun yang bengkok'. Ada ke peribahasa 'Umpama Timun Yang Bengkok'?
timun yang bengkok? buat laksa juga akhirnya...
ReplyDeletehahahaa!!!!
gB, magic la gb bleh tau. Satgi memang saya nak singgah supermereket nak beli timun dll, esok plan nak buat laksa... =))
ReplyDeleteuish. dah boleh jadi nujum dah gb ni. sile takut aaa..hahaa.
ReplyDeletesok tampal gambo laksa kat sini. kalau takde gambo...kite bako!!!
hehehe
ReplyDeleteagaknay david teo yg cari peribahasa tu..
suka makan timun cicah budu..hehe
ReplyDeleteumpama timun yg bengkok, dilayur atas api, tetap x lentur...tetap jua dipantunkan oleh david teo.
ReplyDeletep/s: meluat tul plagiarized asgmt by students
gB, jgn le bako... menjangkit antu kak limah le tu... laksa dah siap!
ReplyDeleteIE, mungkin jugak tu... hehe
naman, suka jugak, terutama timun katak yang kecik2 tu.
isabelle, hehe gitu ke sambungannya. ;D
Macam seronok je. Macamana nak check keyword tu? ada link tak..huhu
ReplyDeleteDr Amad =),
ReplyDeletedari dashboard blogger blog kita tu, klik kat 'Stats', pastu tengok kat 'Traffic Sources'. mende2 lain pun ada ssitu.
Timun cecah sambal pun sodap
ReplyDeletepok li,
ReplyDeletebila lapar, ada timun, sambal dgn telur pun jadi cukup sedap.
saya suka keyword berkata benar walau pahit tue...
ReplyDeleteyeah..ur student is here..
ReplyDeleteby the way,just drop by to ask u question..read this http://www.gabrielmethod.com.au/weightloss.vt
and this..
http://www.buzzle.com/articles/flip-your-fat-switch-to-burn-4-simple-nutrition-steps.html
cube brother bg opinion sket psl "fat switch" ni.. ^.^
sahrom,
ReplyDeleteagak2 apa yang dicarinya tu kan...
Anonymous,
ReplyDeleteMalas nak layan yang 'anonymous' sebenarnya. Anyway, my 2 cents:
1. among basic way to identify fad diet, they rely only on testimonials, no scientific evidence.
2. they look appealing and offer quick results, kononnya.
3. actually they just interested in your money.
Some advices might be true, as not all advices given are totally nutritionally unbalance.