Kerana dirimu amat berharga

Saturday, February 19, 2011

Dari Mata Turun Ke Hati

Sepasang suami-isteri bergolek-golek atas katil sambil bersembang.

'Kesian Aiman kan, kalau selsema je telinga pun sakit jugak.'

Sembang-sembang kosong berterusan membincangkan topic saluran ENT dan kaitan jangkitan melibatkan hidung, tekak, mata dan telinga....

"Hmmm. Scientifically, peribahasa 'dari mata turun ke hati' tu tak boleh diterima lah kan. Sebab bila kita titik ubat kat mata, tekak kita yang terasa kelat. Dari mata turun ke tekak," kata suami.

"Eh, boleh jugak. Bahan kimia dari ubat mata tu turun ke tekak, masuk ke perut, diserap masuk dalam darah then masuk jugak ke hati," balas isteri.

Betul la tu. So the peribahasa is scientifically proven.

Laksa cuti maulud haritu, kot-kot ada orang nak tengok. Yang ini confirm masuk ke tekak turun ke perut.


:: Aiman is in recovery period. Demam dah takde, batuk selsema sikit-sikit lagi.

8 comments:

  1. mensaintifikkan peribahasa.

    atau

    memfaktakan peribahasa

    atau

    tu laksa timun bengkok tempoh hari eh?

    hu~

    ReplyDelete
  2. aiman nak manja-manja la tuu.

    tetiba teringin sangat nak makan laksa utara

    ReplyDelete
  3. Saya sedang sakit tekak. Memang merimaskan.Apatah lagi budak-budak. Kena laksa boleh baik ke. Ha ha hak.

    ReplyDelete
  4. Semoga Aiman cepat sembuh...

    Sedapnya laksa penang!!!!

    ReplyDelete
  5. Wah laksa! My peberet...Sekarang memang musim selesema, batuk sakit tekak. Dah kena dah las week. Seksa..

    ReplyDelete
  6. oooo ini la laksanya ye... I buat laksa segera pakai sardine jek aritu..daun 'kalsom' pun tak bubuh

    ReplyDelete
  7. sdpnya laksa...
    tgh2 selsema tak baik lg ni, ntah camna is boleh bedal makan mcm org x sakit.hehe. sapa kata org selsema xde selera?

    ReplyDelete
  8. gB, yesss. Masa beli timun tu banyak jugak yang bengkok2, ekeke.

    IE, saya pun perasan jugak, makin dekat mak dia nak due, makin manja pulak abang aiman tuu.

    Pok Li, sian tengok dia batuk2 masa tido malam...

    kak tirana, sesekali buat sendiri sedap jugak.

    TK, saya pun dok rasa tak selesa tekak ni, makan jujubes.

    mummy hanny, cari bunga kantan sampai ssudah tak jumpa.

    isabelle, kalau dah feverett tuu jadi la apa pun bedal jugak kan.. hehe.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails