Kerana dirimu amat berharga

Monday, February 2, 2009

Aku Hangat!

1. Aku hangat. Cuaca memang hangat la ni, tak dak kurang dari 35 darjah celcius. Depa yang dok main tenis kat Australian Open tu meleleh-leleh peluh macam mandi. Bila Nadal gilin-gilin kepala, kelepiaq rambut dia, tu dia macam ayaq ujan jadi! Baju toksah cerita la, buleh perah berapa gelen tak tau la. Pasai basah la seluaq dok lekat kat 'celah tu' kot, sat-sat nak kena tarik keluaq. Mujoq pakai seluaq itam, ada 'blink-blink' lagi. 'Game' depa memang best tengok. Keputusannya, Nadal juara dan Federer no. 2.

2. Aku hangat. Hati ni dok peram ja. Aku dah email awai2 habaq cerita plan aku bla bla bla untuk research. Sampai ke la sv aku tak balaih2 lagi. Report yang aku mintak zaman tok nadoq dulu pun aku tak dapat lagi, tapi dok kata ada sangat, mana?

Ni la dianya, dua2 sv orang 'qualitative'. Aku dah habaq dah dulu tak payah la kot buat interview ni, data hat dok ada ni pun dah belambak, yang belum 'analize' pun tak habih makan. Depa kata 'ngok ngek ngok ngek' rasanya hang kena buat jugak sebab hat tu la yang utama. Abih tu orang yang takdak part 'qualitatif' tu tak layak dapat phd la? ******* hang aih! Ni nak jadi lagu 2 tahun sudah balik la ni, yang melembabkan aku punya progress. Dok berkunun saja kata ada dah student yang nak buat, batang idung pun aku tak penah nampak lagi. Dah lah, malaih aku nak beletiaq. Lagipun tak baik marah kat 'cikgu'.

3. Aku hangat. Dalam dok hangat2 tu makan tak hingat jugak. Hari jumaat pulun nasi lemak. Aku masak sendiri, sebab aku nak rasa macam yang mak aku buat. Pagi, tengahari, sampai malam tibai nasik lemak. Isok tu, breakfast nasi lemak jugak, perabih hat lebih-lebih. Lepaih tu semalam bini buat laksam pulak. Tu dia, sampai ke malam dok pulun laksam, tambah lagi pulak ada orang bok mai 'yee mee'. Tiga mangkuk malam saja. Sambil layan Australian Open final sambil ngapp. Mana perut tak makin 'bam-bam'. Tapi nak gaduh apa, dah ada bini. Takdak sapa nak mengorat dah. Aku dok agak dah time ujung-ujung study' ni memang pressure, dan time pressure ni aku dok perasan memang aku layan makan. Hang mai la apa pun sedap sajja.

4. Aku hangat. Kalau apa yang aku tulih kat ataih hangpa tak paham sori la no. Sekali sekala lepaih geram. Tu pun ada lagi geram-geram yang aku tak boh.

Ada orang kata bahasa aku skema, jiwang, macam dalam buku dsb. Hangpa ingat senang ka nak tulih lagu tu? Mujoq aku dapat A1 SPM Bahasa Melayu, sebab aku selalu tulih dengan gaya bahasa yang betui la. Hangpa tak tengok lagi surat yang aku tulih kat mak bapak aku masa kat asrama, 100% bahasa melayu. Ada member kelantan aku sorang ni, tok pehe setabuk hame aku baca surat yang dia tulih, muakakaka!

5. Aku hangat. Aku nak pi mandi, lepaih tu nak makan laksam semalam ada sikit lagi. Kemendian kena mengadap PC balik.

Wassalam!

5 comments:

  1. akak pun hangat nengok laksam ko tuh....adoh hai...melelehnye...lama btul tak makan.....huhuhuhu

    ReplyDelete
  2. ooooo...patut la sat sat pi habaq dok kata hangat hangat... rupanya nak bagitau dah update blog... hahahahaha... you hangat lagi ka???

    ReplyDelete
  3. wah mantap skill masak and makan skang yer...

    p/s: sabor sabor...mmg gini la phd (perghhh!!! mcm la dah penah buat phd)

    ReplyDelete
  4. kak azreen,
    alamak dah abis, kalau tidak buleh email semangkuk kat akak! ekeke.

    elyn,
    mana adaa, dah memang hangat..

    mummy hanny,
    nak makan kene buat sendiri ler, cari pasar malam tak jumpa.
    p/s: mmg dok sabor nih, sikit aje lagi.

    ReplyDelete
  5. AzD,

    sian hampa no...hangat sungguh no..kami kat sinis ejuk nak mampuih....snow lebat isnin lepas...otak pun membeku sesejuk diluar rumah..aku pun tension gak altely dgn phd progres yg sekejap ke situ sekejap ke sini.....

    p/s aku still tunggu respons si Presiden Persatuan pelajar Melayu Sydney tu...senyap je.... dah lebih sebulan pun, takdak info yg aku dah request from her....huh 'hangat' tul ngan dia..hehehehehe
    ni la nasib apabila deal dgn manusia.....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails