Kerana dirimu amat berharga

Sunday, February 15, 2009

Hujung minggu yang 'mandom'

Sudah seminggu cuaca mendung menyelubungi Sydney dan kawasan sekitar. Setelah beberapa lama berpanasan sehingga melebihi 40 darjah celcius, suhu turun mendadak ke sekitar 20 darjah celcius.

BENCANA ALAM

Ramai yang mengetahui tentang kebakaran besar yang mengorbankan lebih 180 nyawa di negeri Victoria, Australia. Beribu-ribu penduduk kehilangan tempat tinggal. Banyak binatang yang rentung dalam kejadian yang dikatakan terburuk dalam sejarah bush fire di sini. Ladang-ladang musnah, termasuklah ladang anggur beserta kilang arak didalamnya. Aktiviti membantu dan menyelamat bukan sahaja manusia malah tumbuhan dan binatang liar seperti koala dan kanggaroo masih diteruskan.

Dipercayai kebakaran ini dimulakan oleh arsonist, antaranya telah pun ditangkap dan disoalsiasat. Dengan cuaca yang panas beserta angin yang kuat, hanya sepuntung rokok boleh menyebabkan kebakaran yang besar. Paradoxically, di negeri Queensland sedang mengalami banjir pada masa yang sama setelah menerima hujan yang berpanjangan.

Walaubagaimana pun, kehidupan kami berlalu seperti biasa. Malahan, di hujung minggu ada yang terpaksa ke makmal demi melawat tikus tercinta...

A WET WEEKEND

Di suatu hari minggu yang basah dan lembab, di sebuah university yang terletak ditengah-tengah kotaraya Sydney...Seorang penyelidik, Dr. Rozlin, sedang tekun menjalankan pemeriksaan ke atas sel-sel tisu yang bakal di'infect' dengan virus kelak yang semakin membiak. "hmm, cepat pulak sel-sel ni membiak kali ini," katanya kepada jurukamera yang sedang mengambil gambar, klik!


Tikus hitam, yang akan disuntik dengan sel-sel bervirus nanti, seolah-olah cuba memberitahu aku, 'Selamatkan kami! Kami tak nak mati lagi! Tolong! Bawa kami pulang agar kami boleh bermain-main dengan Aiman!' Kesian aku melihatnya, tapi tikus-tikus yang rupanya seperti Mickey Mouse ini telah ditakdirkan menjadi bahan kajian untuk kesejahteraan manusia sejagat.


Selesai tugas-tugas di makmal patologi di tingkat bawah, aku membontoti Dr. Rozlin ke makmal di tingkat atas menaiki tangga ini.


Dr. Rozlin bertukar profesion pula, kali ini training sebagai taukeh barang kemas mungkin?! Aku pun tumpang sekaki memasukkan harta benda aku ke dalam mesin yang comel itu, untuk mengambalikan cahaya dan gemilang kemilau barangan yang tak seberapa ini. Hasilnya sungguh memuaskan, bling-bling!


DI MANA AIMAN?

Mungkin ada yang bertanya, mana si budak Aiman? Semalam merupakan hari pertama dia bersama penjaga baru di Lakemba, Nunu, seorang Indonesia. Kesian Aiman, perlu ditumpangkan merata-rata sementelah ibu bapanya terus-terusan sibuk. Mudah-mudahan Aiman gembira di situ kerana ada kawan sebayanya untuk bermain.

Hari Ahad, hujan masih belum berhenti. Awal-awal lagi mama telah pergi ke makmal, ntah apa pula kerjanya hari ini. Aiman terus tidur dengan babah, sejuuuk....

2 comments:

  1. for a minute there i felt like a superstar being followed by paparazdie...hehehehehe

    ReplyDelete
  2. Hai macam-macam kejadian. Ada yang suka duka silih berganti.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails