Kerana dirimu amat berharga

Thursday, April 23, 2009

Countdown continues...

Bangun pagi hari ni, sebelum solat subuh, minum segelas air yang masih belum dipanaskan oleh api. Konon2 ikut sunnah nabi lah. Itulah dianya umat sekarang ni, tak istiqamah, buat bila teringat aje. Rasanya doa mangun tido pun terlupa tadi. Tau takpe. Pastu, teringat pulak kat Kopi Radix. Balik hari tu ar minum, boleh tahan juga rasa.

Sambil mengadap laptop ni, sambil dgr radio malaysia, tengah siar siri motivasi Dr Fadilah tu tadi. Katanya, salah satu motivasi untuk terus belajar ialah letak gambar orang tersayang dekat dgn meja study kita, lebih kurang gitu la. Terus rasa rindu kat mama dan abah. Dulu masa kat asrama sekolah memang aku letak gambar family kat meja study aku,
gambar adik angkat, gambar kereta idaman, kata2 semangat dsb. Sekarang ni, meja aku serabut aje, seserabut otak aku kot. Ada le sekeping gambar Aiman baby tertempek kat tepi. Kereta ada jugak, model kereta Ford antik.

Bukan taknak letak gambar family kat sini, tapi kang aku jadi rindu, sayu, langsung takleh nak concentrate study. Lagipun skang ni gambar digital, bukak aje My Pictures, beratus2 gambar dok ada. Memang, aku mudah rasa sayu bila nengok gambar mak bapak aku, macam2 aku pikir. Ya Allah, panjangkanlah umur ibubapaku dalam kesihatan dan keberkatan dari Mu, Amiin.


Countdown Continues

Countdown aku tu dah menunjukkan 2 digit aje hari ni, 99 more days to submit thesis. Halah, cepatnya! Rasanya masa aku set countdown tu beratus2 hari lagi. Aiya, 3 bulan je lagi ke? Sempat ke?

Masa meeting semalam, macam kompiden boleh submit as planned. SV aku pun macam happy je dgn progress aku, tak tau la kot diorg berlakon aje depan aku, belakang kutuk2. Ish, paranoid lak aku nih. This time kena ikut as planned, kalau lari deadline alamatnya extend lagi lah. Tapi kalau extend pun tak lama la, untuk 'mencantikkan' thesis aje, supaya tak banyak correction nanti. Kat Australia, PhD takde viva, so the write up, the thesis, must be excellent, strong enough, as you don't have the chance to defend your thesis verbally. Bagus ke tak takde viva ek? Ntah lah, mungkin ada pros and cons tersendiri.


PR kena bagus

Awal2 lagi antara topik yang penting, dibincangkan masa orientation, dalam dunia research ni ialah 'How to manage your supervisor(s)'. Mereka ini lah perantara anda. Walaupun kadang2 kita kurang setuju dgn diorang, kena 'adjust' attitude kita towards them. Jadi student balik, kena la ikut cakap cikgu. Ada juga cerita student PhD melawan sv, duduk la nko 5-6 tahun tak habis2 study. Alhamdulillah, so far semua SV aku mudah diurus. Cuma selalu kalau komen sorang cakap macam ni, yg lagi satu macam tu. Pendekatan aku, komen yang aku setuju aku guna. Mana boleh puaskan hati semua orang, abis hati aku sapa nak jaga!

Abah aku selalu cakap, orang putih ni kena pandai baik2 dgn diorang, ajak minum bagai. Aku pernah ajak diorang datang rumah, makan2 hari raya. Party rumah dia pun kita pegi la, makan apa yang boleh. Ade ke patut masa first time dulu orang hulur kat aku bacon! tak nampak bini aku bertudung litup kat sebelah ni? hehe, itulah dianya, sesetengah mereka ni insensitive sikit. Kata aje multicultural bagai, jiran Muslim kat sebelah rumah, tapi tak tahu orang punya culture camane.

Lepas meeting semalam, aku hulur la ole2 dari Malaysia yang aku belikan masa balik aritu. Kain songket sorang sepasang, tak tau la diorg nak jahit jadi apa. Seronok la diorg dok belek2, 'You've been naughty again!' Hehe, bribery! Mana ada, adat la bawak buah tangan kan. Dulu sekali aku kasi scarf Pashmina, ingatkan sini takde. Rupanya berlambak, murah pulak tu! So nak kasi hadiah pandang2 la sekitar dulu. Hmm, mana laa aku tau barang2 orang pompuan neh... aku suka aku beli la.

Continue to write, write and write... Chiow!




6 comments:

  1. AZD buat post grad dalam bidang apa kat sana? Saya pernah belajar di Adelaide...Budaya orang putih lain daripada kita...ada yang baik..ada yang tak baik.. Pandai-pandai la kita memilih yang mana yang baik untuk kita ikut.. Yang mana tak baik tu kita jauhi...

    ReplyDelete
  2. Saya buat public health nutrition. Kat Adelaide dulu ambik apa? Memang budaya diorg berbeza. Itulah, rasanya suasana di sini tak sesuai untuk anak2 kita membesar kot.

    ReplyDelete
  3. Berapa tahun lagi tu. Semoga berjaya seperti dirancang

    ReplyDelete
  4. Pok Li,
    Whatever happens, insyaAllah tahun depan dah di Malaysia... Yea!!

    ReplyDelete
  5. Rumput kat dalam UniSyd Great Hall tu lagi hijau dan cantik dari rumput kat luar...

    ReplyDelete
  6. fairus,
    memang, kat dalam lagi hijau dan cantik, org selalu buat wedding reception kat situ.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails