Kerana dirimu amat berharga

Friday, April 10, 2009

To make a long story short

"Ya, aku balik Malaysia kejap!"

Dua minggu terasa begitu cepat. Kawan-kawan berkata dan bertanya kenapa tak bagitahu, nak jumpa dan sebagainya. Dua minggu, berurusan di sana sini, pejam celik pejam celik, dah pun habis. Tempat utama, Taiping dan Gombak. Kuantan pun tak sempat nak jejak kaki, tak jumpa bos dan rakan2 sekerja. Buat kawan-kawan yang bertanya, sorry yer. Nanti aku balik for good nanti kita jumpa la insyaAllah.

Dipendekkan cerita...


FAMILY GATHERING

Sementelah ada kenduri menyambut menantu Mak Tam sekeluarga, dapatlah aku berjumpa sanak saudara serta kenalan abah dan mama yang bertahun tak jumpa. Soalan standard, "Bila balik? Dah abih dah ka?" Tak kurang juga komen yang berbunyi, "Naik badan noo!" Yang hairan tu, paradoxically, ada juga yang kata, "Awat nampak kurus sikit?" Err, betul ke?

Aku juga jadi 'bidan terjun' sebagai pengapit Pengantin Lelaki, manakala Siti Sarah, sepupu aku jadi pengapit Pengantin Perempuan. Pengapit asal yang ada dalam 'kertas kerja' tarik diri di saat akhir. Asalnya memang ada pencalonan nak suruh jadi pengapit pun, tapi mungkin sebab dah tua dan dah kurang hensem sikit agaknya, 'ahli majlis mesyuarat' tidak menyokong katanya. Last2 kena jadi pengapit jugak. Tak apalah, dah biasa jadi bidan2 terjun nih, tapi jangan amalkan selalu yer dik! Nasib baik ada sepasang baju melayu yang aku tinggal dalam almari kat Taiping. Beres!

Kerja asal aku seperti dalam paperwork ialah jadi Jurugambar. Nak jadi cerita, kamera aku buat hal sehari sebelum flight balik, maka gundah gulana lah jiwa raga, melayan ragam kamera yang asyik dengan mesej 'Error 99'. Terpaksalah gunakan kamera baru pengantin, Sony Alpha-200. Oleh kerana jadi tok bidan, gambar-gambar semasa persandingan diambil oleh saudara sepupu yang lain. Bagus jugak, banyak la muka tok masuk frame, ekekeke!

Cik Wan dan Cik Siti sebagai pengapit. Err, turn Cik Siti jadi pengantin bila yer?


Ini baru keluarga Mak Andak!


Sempat 'kidnap' pengantin ke Lake Garden Taiping posing2!


Antara hasil kerja jurugambar merangkap tok bidan terjun pengapit


Untung mempunyai keluarga besar, ramai dan mesra. Memang meriah! ALhamdulillah majlis berjalan lancar.


TRIP TO PENANG

Since we have this free voucher, so we went to Bayview Beach Resort, Batu Feringhi in Penang. We stayed for 2 nights only instead of 4 nights like the one provided in the voucher. The reason being that I wanted to spend more time in Taiping. Otherwise we wouldn't have much time before heading for Gombak. Ye lah, it's not like before we got married and have kids, you can stay at your parents' as long as you like. Now got two 'kampungs', although Gombak is no near any kind of kampung.


SICKNESS

The first week, I got diarrhea. For five days I couldn't really enjoy the food, including the time when we were in Penang. Oh God! I just looked at other people eating kerang bakar, sotong bakar, sotong kangkung and much more at Padang Kota and slurping my saliva. I only had a bowl of laksa penang. The Ubat Tuju Angin and Chee Kit Teck Aun were not really helping. Finally it stopped gradually after taking the pills from the pharmacy. I know mama wanted me to go to the clinic, but then I'm sure I'll be getting the similar thing as well.

Another incident while we were in Malaysia was the loss of Tok Ki or Ayah, my wife's grandfather. He passed away peacefully at his home in Bukit Bayas, Kuala Terengganu. Thinking of the distance, sadly we decided we couldn't pay the last visit. We had just arrived in Taiping, I was still purging and Aiman was not very well at that time. Al-Fatihah.

When we were in KL, and on the day I was having this Nutrition Society of Malaysia conference, presentiing a poster entitled 'Going Hungry in Australia?', mama was admitted to Taiping Medical Center for purging as well. She was dehydrated I believed after 2 days of non stop purging. Got 3 bottles of drip, then she was OK. Alhamdulillah. I went back to Taiping after the first day conference, and missed the second day.


KESIMPULAN & PENGAJARAN

1. Dua minggu amat cepat berlalu. Time flies mate!
2.
Kita merancang, Tuhan yang menentukan. Konon nak makan macam2 tapi tak boleh, itu la peringatan dari Tuhan. Jangan over.
3. Bagi orang tua dan juga kanak-kanak kecil, diarrhea jangan dipandang ringan. Seorang rakan kehilangan ibunya disebabkan diarrhea yang tidak dirawat. Kalau dah mula rasa pening-pening dan badan tak seimbang, maknanya terlalu banyak air telah kehilangan. Memang apabila berbaring kita berasa sedap dan selesa, tapi mungkin membawa maut...
4. Sayangi ibubapa anda, dan tunjukkan kasih sayang anda! Sementara mereka masih di dunia...

2 comments:

  1. Begitulah masa begitu pendek. Dua minggu aje dah tak boleh pergi kemana-mana.Walaupun kemajuan teknologi telah membolehkan kita keliling dunia dalam masa empat hari. Cuma kenduri kahwin mungkin satu majlis yang mampu menemukan keluarga yang jauh dan dekat. Selamat pulang dan merantau kembali.

    ReplyDelete
  2. Pok Li,
    Terima kasih! Dah beberapa kenduri yang saya miss sepanjang di perantauan. Rezeki balik kali ni ada kenduri sepupu.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails