Kerana dirimu amat berharga

Friday, April 24, 2009

Makan ikut mood, atau mood ikut makan?


A: Takde mood la nak kerja, tak pekena teh tarik lagi. Jom pi minum!
B: Takde mood lah nak makan, banyak kerja ni.


Si A takde mood nak kerja sebab belum makan. Si B pula takde mood nak makan sebab banyak kerja.

Sesetengah orang percaya yang apa yang kita makan akan mempengaruhi 'mood' kita. Ini mungkin kerana dirinya berasa bertenaga selepas minum secawan kopi sewaktu sarapan, seterusnya bersemangat melakukan kerja.

Benar, mengambil sarapan adalah penting untuk membekalkan tenaga pertama memulakan aktiviti harian kita. Namun, kaitan antara makanan dengan mood masih lagi menjadi persoalan kajian. Kebanyakan kesan makanan terhadap mood lebih merupakan kesan psikologi. Contohnya perasaan perlunya meminum kopi setiap hari supaya kita lebih seronok berkerja. Ada juga yang bergantung kepada coca-cola untuk 'stay up' malam mengulangkaji pelajaran.

Kawan: Dah pekena kopi kaw ni boleh la berjaga malam ni buat kerja.
AzD: Mphh! Hang bagi la kopi apa pun kat aku, nak tidoq kalau aku lena seh seh jugak.

Ini lebih kepada kesan ketagihan, sama seperti kalau tak kena rokok sebatang, tak boleh duduk diam. Termasuk juga peminat coklat, rasa bahagia sebaik saja coklat cair di lidah.

Mood kita amat dipengaruhi oleh hormon dalaman. Food additives atau 'pengawet' yang ditambah dalam kebanyakan makanan terproses ada yang mempunyai ciri seakan hormon estrogen, yang boleh mempengaruhi tahap kesuburan dan juga mood. Namun kesannya masih hanya di peringkat makmal. Kombinasi makanan yang kita makan serta pengaruhnya terhadap hormon mungkin mempengaruhi mood kita. Namun setiap manusia itu berbeza.

Memang ada komponen makanan yang dapat mempengaruhi mood, contohnya asid amino tryptophan. Otak menggunakan asid ini untuk menghasilkan serotonin, yang diketahui dapat meningkatkan mood seseorang. Sebenarnya, aktiviti makan itu sendiri yang mempengaruhi penghasilan hormon, seterusnya menentukan mood kita.

Sedar atau tidak kita sering makan banyak jika makan beramai-ramai bersama keluarga yang lama tak jumpa? Masih ingatkan kita aksi makan kita ketika pertama kali makan bersama keluarga mertua? Apakah kita lalu nak makan kalau baru lepas marahkan orang? Jawapanya mungkin berbeza bagi setiap orang.

Pernahkah kita makan di restoran, sedap, berselera, gembira. Contohnya pekena ikan patin di Temerloh, atau kari kepala ikan di kedai mamak. Sekali tiba masa untuk bayar, mood kita bertukar menjadi amarah. Harga yang dikenakan tak terfikir terutama bagi mereka yang tidak biasa. Mungkin mereka perlu terima bayaran secara kad kredit. Tak semua orang suka bawa duit banyak2 dalam 'wallet'.

Hmm, makanan mempengaruhi mood, atau mood yang mempengaruhi makan...

Sepatah kata: Cuaca makin sejuk di sini, perut asyik rasa lapar aje. Ada kaitan ke lapar dengan suhu cuaca...

2 comments:

  1. Lebih baik mood kerja dikaitkan dengan makan. Ada sesetengah mengaitkan mood kerja dan berfikir dengan merokok.

    ReplyDelete
  2. Pok Li, betul tu. Ada juga isap rokok sebab nak cari ilham. Entahlah.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails