Lama tidak 'bersiaran' di sini. Kali ini saja nak cerita perihal masalah bagasi masa naik-turun kapalterbang hari tu...
BALIK MALAYSIA
Perjalanan pulang ke Malaysia terasa lama kerana transit beberapa kali; Sydney - Brisbane - KL - Penang. Perubahan tekanan udara yang berubah-ubah mengakibatkan gegendang telinga sakit seketika.
Sampai sahaja di Penang International Airport, kami tergesa-gesa ke bilik 'Salin Lampin', seperti yang ditulis di papan tanda. Aiman 'melabur' sewaktu landing time, mujur di hujung perjalanan. Kalau tidak susah juga nak 'mendobi' dia di atas flight.
Tiba kami ke ruang mengambil bagasi. Kosong! Semua penumpang yang baru tiba bersama kami pun tiada lagi. Bergegas ke kaunter di depan. En Roslan, pegawai bagasi, meminta 'tag' bag kami. Tiga tag kesemuanya.
"Laa, beg hangpa ni mesti dok ada kat KL ni. Tag ni tulis KL, bukan Penang," kata En Roslan.
"Ya ka encik?" tanya aku sambil terkelip-kelip biji mata. En Roslan pun menunjukkan tag yang tertulis SYD -KL. Ya lah, bukannya hari-hari naik kapalterbang, tak perasan.
"Ni kawan hat check in kami kat Sydney tadi la ni silap. Dia orang baru kot, supervisor dia dok bagi arahan, marah2 kat dia tadi," tambah aku.
"Takpa, lain kali check tag ni, mesti sama airport dengan yang hangpa nak turun. Isi borang ni. Nanti saya check dengan KL ada ka tak beg hangpa. Kalau ada nanti depa bok mai next flight. Dalam pukoi 11.30 paling awai buleh dapat. Dok tang mana?" jelas En Roslan.
"Dok Taiping. Takpa, rumah abang kat Penang. Kami tunggu la sampai beg tu sampai," explain aku dengan penuh harapan.
"Takpa lagu tu. Nanti beg sampai saya talipon lah mai ambik," En Roslan memberi pengesahan sambil membaca borang tadi. "Ni boh nombor talipon sekali."
Alhamdulillah, sekitar tengahari En Roslan telefon memberitahu beg dah sampai. Kami pun sekali lagi ke Penang Airport untuk mengambil beg2 tersebut. Sampai di rumah, kami pekena nasi beriani dengan beraneka lauk, abang beli kat kedai favourite dia dalam perjalanan pulang makan tengahari di rumah.
Rancangan asal untuk terus pulang ke Taiping selepas tiba di Penang. Tujuannya untuk ke rumah Mak Tam yang tengah bersiap untuk kenduri menyambut menantu lagi dua hari. Tunggu beg punya pasal, rancangan bertukar. Kami lepak di rumah Abang sampai ke petang, lebih kurang pukul 6 baru sampai Taiping.
BALIK SYDNEY
Perjalanan direct flight dari KLIA ke Sydney Airport memakan masa hampir 8 jam. Alhamdulillah Aiman tidur sepanjang perjalanan. Kami juga mendapat extra seat, 4 kerusi sebaris.
Sampai di Sydney sekitar jam 8 pagi waktu tempatan. Selesai pemeriksaan Kastam yang mengambil masa kerana sistem down pagi itu dan mereka tidak dapat mencari ID Aiman online. Kami pun ke tempat mengambil beg. Kosong juga! Ramai yang sedang mengisi borang sekitar conveyer tersebut. Pegawai bertugas memberi penjelasan.
"The workers are having strike this morning. Please fill up this form and return it to me. We will deliver your bags to your place soon."
Nak jadi cerita nasib kurang baik betul dengan bag kali ni. Pagi itu pekerja bahagian bagasi mogok, tiada siapa yang nak unload bag dari flight. Tapi sekurang-kurangnya kami tinggal di Sydney. Susah bagi mereka yang tinggal jauh di pedalaman atau bandar2 lain yang jauh dari Sydney. Ada sekeluarga dari Malaysia yang datang hanya untuk seminggu, kami ajak ke rumah sementelah mereka mempunyai anak kecil. Selesai membeli barang2 asas seperti susu anak dan sebagainya, mereka pun ke hotel.
Esoknya masih belum dengar berita pasal bag. Kami ke airport, berjumpa dengan pegawai bagasi dan alhamdulillah, bag kami diserahkan tanpa sebarang masalah dan tidak dibuka untuk diperiksa langsung. Keropok lekor dan ketupat palas masih elok. Kalau ku tahu, boleh sumbat macam2 sebelum balik hari tu!
No comments:
Post a Comment