Jam tepat pukul 12 tengah malam. Aku baru lepas membaham Big Mac. How unhealthy! Mentang2 McD halal dok tepi idung, Drive-Thru pulak bukak 24hr. Layannn... Tapi suspen jugak keluar tgh2 malam ni. Dua tiga minggu sudah ada orang open fire, geng mafia ke biker ke ntah lupa dah.
Very the tension you know before that. Rasa nak hempuk laptop pun ada. Nak tenyeh2 keyboard pun ada. Tapi tahan je la. Sabaq, sabaq. Dok buat apa? transcribing...
Aussie ni nama ja mat saleh, cakap english pun macam ngan hapa. Buat susah aku nak transcribe je. Sakitnya jiwa! Ada yang mumbling, macam ada ketui mas dalam mulut. Ada yang cakap laju nak mampuih, dah slow down dekat 50% pun dok bunyi laju lagi. Bila orang lain cakap dah bunyi macam radio tak cukup bateri.
Yang suara macam bini Homer Simpson pun ada. Yang jantan dengan slang yang only true aussie je buat pun ada, mcm mai dari ulu mana ntah, Woi Woi kot. Ni yang jenis sebut A-B-C bunyi macam 'Oi-Boi-Soi'. Adoilaaa.... Ada sapa2 nak tulong??
Tuhan Maha Mengetahui. Alhamdulillah aku dianugerahkan isteri yang bukan sahaja mempunyai pendengaran yang tajam, malah penguasaan bahasa Inggeris yang amat baik, mumtaz jiddan. She has long picked up the Aussie slang... Cheers mate! Dia la dok tulong transcribe sementara aku pi beli McD, sehingga selesai membahamnya.
Dia jugak lah yg tulong aku buat telefon survey dulu. Bukan apa, nisbah kalau aku call dgn dia call buleh dikatakan 1:5 untuk org tu agree to take part. Ye lah, walopun aku cakap english OK la, tapi tak bunyi Aussie. Agaknya macam india telemarketing yang asik dok call dan promote jualan macam2 kat sini. Tu yang ramai yang turn down kalau dengar aku cakap kot, ekekeke. Nasib nasib. Nampak gaya ruangan 'acknowledgement' dalam thesis aku nanti, satu paragraph kena dedicate kat dia je la... Suami-isteri itu saling melengkapi dalam serba serbi kan. Dia tolong aku in speaking, aku tolong dia in writing. Cantik la tu.
Aiman si Budak Kecik
Kesian Aiman hari ni. Dia sembelit, keras stool dia tadi. Menangis-nangis sambil cakap, 'Babaah, Maman uk ukk'. Aku pun sapu la minyak telon kat perut dan betis dia. Cakap kat dia nak bubuh ubat, dia pun sibuk nak sapu jugak.
Kerap jugak dia buang air keras. Dia suka makan sayur, buah memang favourite. Air pun kalau perhati memang cukup. Tak tau kat mana yang tak kena. Kalau sapa2 ada guna cara lain untuk atasi sembelit budak2 bgtau la, boleh cuba try test. Kadang2 bagi prune jus, OK la sekejap. Doktor peribadi aku ni cadang nak beli aje enema, just in case. Anyway we prefer to go with the natural way first.
Hehehe... Hang yang English terror giler pun ada masalah listening, apa tah lagi aku. Aku lagi bengong. Aku still ada masalah nak paham apa SV aku ckp. Both of them are South Africans. Sorg cakap clear & boleh paham, sorang lagi monotonous - Tak sure dia tanya soklan ke, bagi statement ke. Kena pasang telinga gajah baru leh paham. Wakakaka...
ReplyDeleteConstipation is normal for infants. Cirit pun kerap gak. Pasal sembelit tu, cuba kurangkan sukatan susu (e.g. kurang 1 scoop than normal), ataupun letak brown sugar sket dalam susu (ni Dr. kat sini bitau). Irfan kekadang tu prune pun tak jalan. Pisang apatah lagi. Ada satu tahap tu, terpaksa gak beli constipation milk. At least, nak kuarkan yang keras2 tu dulu.
btw, both of you're doing PhD eh? Good luck ya!
AzD..
ReplyDeleteKak Tirana dulu masa mula-mula sampai di Adelaide...tergaru-garu dgr Aussies speaking.. Slang dia lain sungguh dari slang kita.. Susah nak pick up lebih2 yang jenis cakap tak bukak mulut..hehehe..Tapi after a while, alhamdulillah boleh faham.
Sembelit? Normal untuk kanak-kanak..Kak Tirana selalu perah orange sunkist tu bagi anak-anak minum. Pure punya.. tak campur air atau gula.
Bakthiar,
ReplyDeletemana ada terel. Dulu ingat kat sekolah group english aku paling banyak kali tukar cikgu.
Depa kata english NZ lagi dalam, ntah la aku tak sampai lagi. Lama2 nko terrer la nanti tu. SV aku sorang makcik Aussie, satu Italian, satu lagi mmg Aussie bloke. Amik ko, 3 SV!
Yup, both doing phd, which I don't really advise. Cabarannya lebih, huhuu.
Kak Tirana,
Sama la masa mula2 dulu, hehe. Kadang2 kena tanya 2-3 kali. Skang ni tengok citer Aussie kat TV dah tak payah bukak subtitle pun boleh tangkap apa dia cakap.
Thanks for the ideas on constipation tu guys, boleh try nanti. So far takde la teruk, cuma kesian je kat dia.
Biasalah siapa nak kita kalau bukan isteri. Anak tu bila nak tambah lagi...
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteTake care..Our family is the greatest blessing of Allah swt upon us.
Pok Li,
ReplyDeleteBetul tu, hehe. InsyaAllah balik Malaysia nanti nak tambah ahlil keluarga, mudah2an murah rezeki.
melayuangkat,
Family first! Terima kasih.
salam bro..baru 2 hari semalam terhidup aroma enak dari Mc D dekat BigW..dan saya gi tau my aunty...hidu bau jer..nak makan tak halal plak.....tapi takpe kang balik cuti ke msia belasah ler makan semua yg di idam..ahahah
ReplyDeleteSalaam.
ReplyDeletebelah sana takde McD halal ke? alhamdulillah di sydney banyak kedai makan halal. walaupun KFC malaysia jauh lebih sedap, kitorg belasah aje.