"Air itu Rahmat", begitulah yang tertera pada suatu tembok berhampiran sebuah tangki air JBA Kuantan. Sudah semestinya, air merupakan suatu nikmat yang perlu kita jaga. Kehidupan seharian tanpa bekalan air amat tidak menyenangkan. Mana nak memasak, membasuh, siram pokok dan terutamanya nak mandi. Teringat masa zaman sekolah di asrama yang sering ketiadaan air. Terpaksa mengusung baldi ke masjid berhampiran, atau masuk ke blok sekolah, semata-mata nak mencari air. Kalau terdesak sangat, paip bomba menjadi mangsa, memang meriah!
Malaysia dianugerahkan banyak sumber air bersih. Mungkin harga air yang amat murah di Malaysia jika dibandingkan dengan beberapa negara lain menyebabkan kita kurang kesedaran, sementelah duduk dalam nikmat. Tetapi sumber ini kalau tidak dijaga, lama-kelamaan akan tercemar dan tidak sesuai digunakan lagi. Ketika itu nasi sudah menjadi bubur. Bayangkan kalau bubur ayam McD yang dimasak dengan air yang tercemar, berkeladak, kuning, tak lalu nak makan juga. Yang buat untung ialah syarikat penjual penapis air, sedangkan sebenarnya air paip yang dibekalkan ke rumah-rumah sepatutnya sudah cukup bersih untuk diminum terus. Sesuaikah diiktiraf sebagai negara maju nanti, jika bekalan air yang merupakan hak asasi manusia sebagai keperluan asas masih lagi di takuk lama?
Sering terdapat di dalam akhbar disiarkan berita mengenai penduduk Malaysia merupakan antara yang paling tinggi menggunakan air sehingga tahap membazir. Selain itu, disana sini terdapat nasihat tentang pentingnya mengurangkan penggunaan air. Di sini perlunya diterapkan kesedaran di kalangan masyarakat tentang kepentingan menjimatkan air dan kesan-kesan jika kita tidak menjaga sumber air. Yang lebih utama, pihak berkuasa perlu mempertingkatkan mutu perkhidmatan serta memikirkan cara bagaimana untuk mengawal penggunaan air agar pembaziran tidak berlaku.
Yang sebenarnya
Jabatan Bekalan Air diamanahkan untuk mengurus dan mentadbir perkara-perkara berkaitan bekalan air. Sejauh mana kecekapan mereka masih boleh dipersoalkan. Paip bawah tanah di hadapan rumah saya sudah tiga minggu lebih bocor. Airnya mengalir semakin laju. Secara kasar, jika 5 liter air seminit yang terbuang, sehari sudah 7200 liter, hampir menyamai penggunaan air untuk 40 orang sehari. Selang beberapa lorong, di hadapan taska Aiman, terdapat satu lagi paip bocor, membuak perlahan. Lebih tiga kali aduan telefon telah dibuat. Jawapan operator, aduan telah dimasukkan ke dalam rekod dan tindakan akan diambil. Hari ini saya sekali lagi membuat aduan melalui laman web JBA Kuantan. Mungkin keadaan yang sebegini yang membuatkan rakyat malas ambil tahu dan menjadi tidak prihatin tentang kemaslahatan masyarakat, kerana rata-rata yang berlaku, aduan yang dibuat tidak mendapat perhatian sewajarnya. Akhirnya, menularlah wabak 'lantaklah, ada aku kisah!'
Gambar: Anak sungai di depan rumah, tempat kucing menghilangkan dahaga.
Saya nak tunggu seminggu dua lagi. Kalau tak ada apa-apa perkembangan, atau kedua-dua paip tersebut pecah menjadi air pancut ke, boleh email Karam Singh Walia, Mana tau masuk TV dalam siri Aduan Rakyat, kehkehkeh!
'Ibarat lebah, mulut membawa madu, ekor membawa sengat'.
UPDATE: Alhamdulillah, dan terima kasih kerana pihak JBA telahpun melakukan kerja membaikpulih pada 210410 di kedua-dua tempat dan tiada lagi pembaziran air.
Salam..Bro aiman..ingatkan JBA Taiping yang lambat bertindak rupanya kat Kuantan pun sama...mungkin motto JBA ini sama agaknya..Cepat Memotong,Lambat membaiki..dan sangat bersetuju dgn bro..sebab tu masyarakat 'malas'....
ReplyDeleteSalaam Duniaku,
ReplyDeletehehe, sama la agaknya kan. Lembab. Seb baik air paip ada lagi, boleh la sabar lagi. Tapi kalau bocor tu dah besar, tekanan dah rendah, air tak naik la pulak...
kalau sampai kena tahap water restriction, baru tauuuuu.....
ReplyDeletep/s: but i doubt it will work too!
Tak takut kena cop tak patriotik ke duk komen bab air ni? Ahaks!
ReplyDeleteOrang patriotik adalah orang yang mengikut segalanya hatta ke lubang biawak..
Hancur umat...hancur umat
Elyn,
ReplyDeleteempangan dekat jer dgn rumah kita, boleh gi amik air sittew.
Dr Amad,
Sayang negara ni macam sayang bini jugak lah, apa yang tak betul kita tegur. Pak Mertua (PM) nak marah pun marah lah. =p
Akhirnya!!! tiada lagi pembaziran air....(hopefully lah), selepas "bob the builder" -(according to aiman), datang memperbaiki apa yg patut.....
ReplyDeletebaru je verangans nak buat kolam depan tu boleh bela ikan & kekura. Baguslah, selamat air negara...
ReplyDelete