Kerana dirimu amat berharga

Monday, April 26, 2010

Sekiranya derita itu bahagia



Andainya mengingati mati

Dikatakan 'Nantilaaah!'

'Aku masih muda'

Maka ingatlah

Ajal tidak mengenal usia

Janganlah asyik dengan dunia

Sehingga alpa dengan matlamat sebenarnya


 

Andainya ingin berubah

Teringat pula dosa yang sudah

Tidakkah dikau tahu

Sesungguhnya Allah Maha Pengampun

Bagi mereka yang memohon

Ya Allah, Ampunkanlah!


 

Andainya berjanggut

Dikatakan tua

Andainya berserban jubah

Ditanyakan mengapa?

Apatah lagi berpurdah

Parah!


 

Sekadar ingatan buat teman

Yang singkat labuhkanlah

Yang ketat longgarkanlah

Yang sendat besarkanlah

Yang pendek panjangkanlah

Yang terbuka tutupkanlah

Semoga beroleh barakah

Supaya tidak terkilan setelah di alam barzakh

Kerna tak sempat mengikut suruhan dan sunnah


 

Berubah mungkin susah

Beramal dengan sunnah mengundang masalah

Namun tidak berubah bermakna mengalah

Kalah pada dunia, kalahlah di akhirah

Kerana syurga hanya untuk mereka yang hebat

Hebat di dunia hebat di akhirat

Selamat!


 

Sekiranya derita di dunia itu sebenarnya bahagia di sana 
Aku pilih derita…



4 comments:

  1. Ya Allah..ampunilah segala dosa kami dan keluarga kami.Tetapkan hati sanubari kami diatas landasan agamaMu.Perteguhkanlah iman dan amal kami..Ya Allah..Ya Rahman.Amin...

    ReplyDelete
  2. Ingat lima perkara
    sebelum datang lima perkara


    ....Ya Allah !!!
    kerdilnya rasa diri ini

    ReplyDelete
  3. Mudah-mudahan kita sentiasa diberi petunjuk oleh Allah dan sentiasa berada di dalam keadaan yang berwaspada serta tidak leka dengan kebahagiaan di dunia yang bersifat sementara

    ReplyDelete
  4. oleh itu..sentiasalah kita mengingati mati....
    jom terjah blog mat rock
    http://cicaktonjeng.blogspot.com

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails