Kerana dirimu amat berharga

Wednesday, April 28, 2010

Cukai Pendapatan, Rafi & Scanner


Minggu ini, terutamanya beberapa hari di hujung April ini merupakan hari paling sibuk bagi kakitangan di Lembaga Hasil Dalam Negeri. Mana tidaknya, manusia berpusu-pusu menerjah ke pejabat hasil untuk menunaikan tanggungjawab sebagai 'pembayar hasil' kepada kerajaan. 

Saya dan isteri, yang agak 'jakun' sikit akan perihal membayar cukai pendapatan kerana belum ada pengalaman, turut sama terjebak menjadi di kalangan manusia last minute. Tak pernah bayar cukai bukan kerana tak mahu bayar, tetapi belum cukup 'haul' waktu mula-mula bekerja dulu telahpun dihantar ke oversea, maka tidak didedahkan berkenaan bayaran cukai pendapatan. Ada sekali wakil LHDN turut serta dalam rombongan agensi kerajaan ke Sydney, maka kami bersungguh bertanya soalan dan memberi email bagai, namun pegawai itu pulang dan terus menyepi.

 
Thanks to the technology, sekarang LHDN menyediakan laman eHasil yang memudahkan para pembayar cukai pendapatan membuat taksiran secara online. Namun dek kerana kelembapan cuaca kami berdua, permohonan no PIN melalui email telah ditutup. Permohonan no PIN untuk laman berkenaan hanya boleh dibuat di pejabat LHDN terdekat, manakala Talian 'hotline' memang terlalu hot sehingga busy memanjang. Maka berkelanalah kami ke LHDN Kuantan yang terletak di sebelah Kuantan Parade, semata-mata untuk mengambil no PIN.
 
Setibanya kami di kaki bangunan, terus menuju ke lif di tingkat bawah. Sampai di tingkat 6, kelihatan manusia begitu ramai. Sebuah dewan khas dibuka untuk urusan cukai pendapatan. Komputer disediakan untuk kegunaan orang ramai di sekitar kawasan tersebut. Kelihatan penuh.


"Kami nak ambil no PIN saja encik," kata saya kepada penjaga nombor di meja depan.


"Abang ambik nombor ni, masuk kat dewan ujong tu, lepaih tu kona kanan. Habaq kat depa kata nak ambik no PIN saja," kata pegawai berkenaan.


"Terima kasih na!" balas saya lalu kami berlalu menuju ke dewan dimaksudkan.


"RAFI!" kata saya dan isteri serentak selepas beberapa langkah berlalu. Apa nak buat, brain wave kami serupa. Itulah penangan cerita Anak Mamak Menantu Mami yang baru kami tengok di Astro; ada muka mamak sikit, cakap Penang pulak, terus kami panggil Rafi, salah satu watak dalam cerita tersebut, hahaha. Agaknya orang kata 'apa laa dua laki bini ni dok tergelak-gelak sendiri'.


Gambar Hiasan

Alhamduillah dipermudahkan, kami terus ke kaunter dan pegawai tersebut terus mencetak borang mengandungi maklumat yang diperlukan. Mungkin terlalu sibuk, dia tidak memeriksa langsung sebarang dokumen pengenalan, hanya meminta no KP saja. Selesai tujuan di LHDN, kami singgah di Kuantan Parade untuk makan tengahari. Itulah pertama kali masuk ke Kuantan Parade semenjak pulang semula ke Kuantan. Masih seperti dulu, maintain walaupun terdapat saingan shopping mall yang lain.


"Kenapa ramai orang dok tunggu kat pejabat hasil tu ha bang? Kan boleh buat kat rumah je," kata si isteri.


"Ingat semua orang ada internet dan pandai nak isi borang online ke? Cuba bayangkan, awak yang computer literated ni pun baru pagi tadi first time guna scanner, terketar-ketar nak scan IC sendiri, inikan pulak pakcik-makcik tu nak guna eHasil, kena ada internet, masukkan PIN la, cipta password la," balas saya selamba. "Sapa yang tua sebelum waktunya ni…"


"Huh, mengata orang nombor satu!"


;-)

4 comments:

  1. haiyaaaa...nak jugak letak citer pasal scanner tuh!! Rafi sungguh!! Hahahahahahahaa...

    ReplyDelete
  2. Ekekekek... rafiiii, jgn gaduh naaa...

    Erm ni tahun ke 3 saya pakai e-hasil. nasib baik tahun ni xde hasil! ahaks!

    ReplyDelete
  3. mummy hanny,
    tak gaduh aaih, mesra...
    Kitorg pun sama, rakyat yg tak memberi hasil, ekeke...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails