Buah salak is called Snake Fruit in English due to the nature of the skin of the fruit, which is scaly and dark red to brownish in colour. There are a few varieties of buah salak in the market. Each has a bit different taste and texture, so do the price. Most of the fruit found in peninsular Malaysia were imported from Indonesia, but sometimes locally grown fruits were also available.
Seperti juga pisang kaki, seingat saya pertama kali saya mencuba buah salak ialah semasa di Medan lebih 20 tahun yang lalu. Memilih buah salak perlulah cari yang bulat gemuk, tidak lembik, dan kulitnya masih keras tetapi mudah tanggal. Selepas membuang bahagian kulit yang keras, lapisan nipis atau kulit ari yang membaluti isinya juga seeloknya dibuang kerana dikatakan boleh menyebab batuk. Buah yang masih belum masak agak kelat dan masam, tetapi yang telah cukup masak sepatutnya manis kelat. Salak madu antara yang paling manis.
Seperti buah-buahan yang lain, buah salak juga mempunyai khasiatnya tersendiri. Namun ada juga yang 'berpantang' memakan buah ini atas sebab penyakit seperti menyebabkan kulit gatal dan bersisik dan juga dipercayai tidak elok untuk mereka yang mempunyai gaut. Ada juga yang 'pantang jumpa', asal jumpa saja buah salak mahu mencekik. Buah salak juga sering dijadikan jeruk, tetapi lebih elok dimakan yang segar kerana kandungan gula dan asid yang jauh lebih rendah, selain dari bahan-bahan tambahan yang digunakan semasa membuat jeruk yang tidak elok untuk kesihatan. Bukan sahaja jeruk salak, apa saja jeruk buah yang dibuat secara komersial seharusnya dielakkan, tapi kalau dah ketagih cubalah kurangkan.
Nutrition composition of snake fruit:
Measurement | Weight gms | Retinol microgram | Carotenes microgram | RE microgram | B1 mg | B2 mg | Niacin mg | C mg |
100 | 0 | 48 | 8 | 0.01 | 0.15 | 2.4 | 3.70 | |
1 whole, small | 89 | 0 | 28 | 5 | 0.01 | 0.09 | 1.4 | 2.20 |
1 whole, big | 116 | 0 | 37 | 6 | 0.01 | 0.11 | 1.8 | 2.80 |
Measurement | Weight gms | Ca mg | P mg | Fe mg | Na mg | K mg |
100 | 6 | 9 | 0.3 | 6 | 168 | |
1 whole, small | 89 | 4 | 5 | 0.2 | 4 | 99 |
1 whole, big | 116 | 5 | 7 | 0.2 | 5 | 129 |
Yang pasti, memakan buah salak tidak akan menyebabkan anda menyalak-nyalak. Walau bagaimanapun, setiap kali adanya pilihanraya, akan kedengaran 'salakan' di sana-sini. Sana menyalak, sini menyahut. Begitulah ritualnya. Namun kata pepatah, 'anjing menyalak bukit, bukit tak akan runtuh.' Ini membawa maksud hang kata la nak kata apa pun, seseorang yang mempunyai pendirian tetap kekal kukuh tidak terkesan dengan kata-kata. Masalahnya, susah mahu mencari mereka yang benar-benar berpendirian, bersih, serta mampu membawa perubahan ke arah yang diredhai Tuhan. Yang ramai, salak sikit runtuh, salak sikit runtuh, lama-lama terus leboh....
Kak tirana tak pernah makan lagi buah salak yang fresh punya...selalu dok makan yang jeruk tu aje..oppsss bukan selalu...sesekali kalau jumpa kat pasar. Di KL ni tak pernah nampak. Di penang banyak la..
ReplyDeletePRK semakin dekat, semakin ramai yang terbatuk2 dan menyalak.. Pening kepala dengar bunyi salakan yang pelbagai..hehehe
Kak Tirana,
ReplyDeletesaya pun jarang2 jumpa, bila jumpa beli la sikit, merasa. Di penang mcm2 jeruk ada kan, yg glamer jeruk pala tu.
Macam2 ragam manusia ni, kalau lah boleh pekakkan telinga kan bagus.
Info yg menarik...
ReplyDeleteTapi point sebenar kt hujung-hujung posting tu ke?.. (panjang benor intro)
Hohoho
Miss Mya,
ReplyDeleteItu point sampingan ja, tambah rencah, hehe. Kebetulan semalam pi pasar malam ada beli buah salak sikit.
teringat pasir salak, lamer tak gi ;-)
ReplyDeletesalamm, nice info
Oh sedapnya buah salak...kalau dpt isi tebal2 n manis..nyum3!!
ReplyDeletetunbegia,
ReplyDeletesalam kembali. Saya sendiri dah berkurun tak jejak kaki ke sana. Ada apa agaknya sekarang.
Mummy Hanny,
memang betul, sebakul clear kejap aje. Tapi bila kena yang kureng, hilang mood nak kupas...
Sabtu lepas sempat p Raub.. b beli buah salak situ...manis dan sedap berbanding seberang atau sabah punya.
ReplyDelete.....memang suker buah salak ni.
P laa bawa aiman lawat pasir salak..
Ikan Emas,
ReplyDeleteSaya tak reti nak beza sangat buah salak ni, ngap ajer pandai. Percaya je la apa yg penjual tu kata..
Nanti2 bila free sikit boleh bawak aiman jenjalan sana. Bila nak free ntah ler...