Kerana dirimu amat berharga

Friday, July 23, 2010

Umpama timun dengan durian

Kalau dulu saya isi minyak kereta RM30, meter naik lebih sikit dari setengah tangki. Sekarang, harga yang sama meter tak mencecah setengah tangki pun. Itu baru naik lima duit, kalau naik lima kupang tak tau nak habaq la.


Semalam saya naik motosikal ke tempat kerja. Meter minyak dah bawah pada tanda E, tetapi saya jalan juga sebab ada kelas pukul 8 pagi, hajatnya dalam perjalanan balik petang nanti baru nak isi minyak, sambil berdoa janganlah habis minyak di tengah jalan. Alhamdulillah...


Petang menjelma, langit mulai mendung. Jelas dari tingkap bilik saya awan hitam sedang membuat gathering. Telefon berbunyi, "Abang bila nak balik, langit dah gelap tu!" risau seorang isteri setiap kali kalau saya naik motor ke tempat kerja.



Saya mencapai jaket dan berkemas untuk pulang segera. Sampai ke bawah, hujan mulai turun. Dalam perjalanan, hujan lebat seketika. Helmet saya tidak berpenutup muka, terasa pedih pipi ditimpa titisan hujan, mujur tak besar mana. Agaknya kalau pakai mascara tentu dah jadi rupa pontianak dok menangis, hehe. Menghampiri stesen petronas BIM, hujan mulai seriat, maka singgah juga mengisi minyak. RM5, dapatlah tiga suku penuh tangki motor peninggalan arwah abah ini.  Sampai di rumah saya bertanya, "Ada lompang-lompang tak pipi abang?"



Motorsikal peninggalan arwah abah, walaupun hampir mencecah usia sedekad, masih tidak terjejas. Memang abah seorang yang cermat.




Pagi Jumaat ini, saya naik motor juga. Setiap kali naik motor, tidak dapat tidak saya akan teringat pada arwah abah. Dan setiap kali melalui jalan Kuantan bypass, dengan lori dan kereta yang laju-laju belaka. mat rempit pun ada, sering membuatkan saya mengucap.


Kalau kita tengok cerita kartun Tom & Jerry, ketika Tom terlalu lapar, bila terpandang Jerry atau Tweety dia akan terbayang ayam panggang yang sedang bergerak-gerak. Hari ini, di atas jalan sambil membawa motor, saya terbayang  lori-lori tersebut bagaikan buah durian, manakala saya dan motosikal lain umpama timun yang sedang bergerak di atas jalan. Kadang-kadang rasa ngeri!


Itulah antara pengalaman seorang penunggang motosikal yang ada rasa insaf, hehe. Bukan apa, saya takjub pada mereka yang bawa motor kapcai tapi boleh memecut laju bagai nak terbang. Tak terfikirkah mereka, kalau ter'cuit' atau ter'singgul' sikit saja, si penunggang boleh jadi superman paling koman dua tiga ratus meter jarak 'penerbangan'nya. Na'uzubillah! Saya bawak 60kmh pun rasa dah laju, pernah mencecah 80kmh, rasa gayat. Alhamdulillah saya semakin cekap, tidak lagi teragak-agak nak me'lipat' ketika mengambil selekoh atau melalui round-about. Doakan saya sentiasa selamat...



Kadang-kadang kita terlihat, ada ibupada yang membawa 2-3 anak menaiki sebuah motosikal; sampai 3-4 orang di atas sebuah motor yang kecil. Ada yang menggendong bayi, kepalanya terkulai seperti jelly. Mungkin ada tanggapan sinis, kenapa mereka sanggup memperjudikan nyawa anak-anak begitu. Tetapi saya rasa, itulah sahaja kenderaan yang mereka ada, yang mereka mampu; sebuah motosikal. Masakan seorang ayah sanggup berhujan atau berpanas membawa bayinya atau isterinya yang mengandung dengan bermotosikal sahaja sekiranya dia mempunyai sebuah kereta biarpun seekor 'kancil'! Hmm... mungkin yang bertaik hidung masin-pahit la kot, mahu berjimat kerana harga minyak petrol yang baru diselaraskan ini. Aga-agak boleh tak diadakan kempen 'Satu Keluarga Sebuah Kereta'.


Kita patut bersyukur kerana kita masih mampu meneruskan kehidupan dengan rasa selesa walaupun harga barang dinaikkan. Tak mahu berkereta, naik motor. Yang ada basikal racing atau mountain bike yang berharga ribuan ringgit tu, boleh kayuh basikal pula. Kita masih punya pilihan. Namun kita perlu sedar dan berasa insaf kerana masih ramai di kalangan kita yang kais pagi makan pagi, kais petang belum tentu dapat makan. Ada yang nak mengisi minyak motor pun bertagak-tagak, bertolo-tolo.


Dalam keadaan demikian, kita masih boleh membina mahligai yang khabarnya bernilai RM400 juta, yang kemudiannya menjadi RM811 juta, seterusnya naik lagi kepada RM1.1bilion. Harapnya ia tidaklah begitu. Saya rasa sedih juga bila memikirkan bahawa hanya segelintir sahaja daripada kita yang bakal mendapat manfaat dan bakal menggunakannya, sedangkan mereka tidaklah terlalu memerlukannya, walhal sepatutnya hasil tersebut digunakan untuk kemaslahatan rakyat yang lebih memerlukan dan dikembalikan manfaatnya kepada umat. Itu belum dilihat projek-projek 'mega' yang lain. Bukan tak boleh buat, tapi berpada-pada lah.



Sekali lagi kita menjadi timun, bak kata pepatah, umpama timun dengan durian, digelek luka, menggelek pun luka.





9 comments:

  1. SALAM PAGI JUMAAT,

    masa jalan kaki kiter sering berangan..
    alangkah enaknya jika dapat motor ..pun jadilah !

    bila pakai moto kapcai...hajat dapat kancil pun cukuplah !

    dapat kancil nak vios...altis...camry .............
    tak pernah rasa puas !!

    2//...teringat zaman ikut konvoi vrooommmm dodulu....sapu abis segala jenis moto ,kereta,bas lori kecik besar ..wah ! bangga giler bila org melambai-lambai kat kiter !!...

    ReplyDelete
  2. ikan emas,
    Salam pagi jumaat...
    Kalau kita mula dari bawah, insyaAllah mudah2an kita tak lupa diri bila dah berada di atas.

    Saya pun selalu verangan nak ada moto besau nanti, baru steady sikit bawak pegi keje... hehehe. vvrroommm!

    ReplyDelete
  3. suka makan doyan, kurang makan timun... tapi tak menunjukkan tu golongan kaya yang renovate rumah je sampai 4 juta

    ReplyDelete
  4. Azdie...hati-hari bawak moto sebab noto ni senang sangat nak terbalik. Senerih sikit dah melelong..tapi di KL ni kalau naik moto, lagi cepat sampai ofis dari naik kereta..hehehe

    ReplyDelete
  5. cemomoi,
    la ni musim doyan, boleh makan puas2.
    hmm.. seronok kan kalau ada duit banyak cenggitu, lebih seronok lagi kalau hasil titik peluh sendiri.


    kak tirana,
    jangankan senerih, angin tiup kuat sikit pun dah rasa nak buang. InsyaAllah, sentiasa ingat orang yang tersayang masa menunggang... hehe.

    ReplyDelete
  6. Rindu nak naik motor tp apakan daya kena rembat masa buat masters di salah sebuah universiti di Gombak (hehe...). Padahal dah mangga!

    Bila dah balik Msia nanti pastinya merindui jalan raya di sini. Kalau di Auckland ni, max 50km sejam (kecuali highway/motorway la). Semua ikut peraturan dan tahu tanggungjawab masing2. Kalau ada yang buat hal pun, either Asian (in particular this one type of race) or Maori.

    Eh, tapi kalau naik motor kat muadzam shah yang ceruk tu ok lagi rasanya :)

    ReplyDelete
  7. bakh,
    hmm... uni mana tu yer...

    kenapa yer kat sana diorg bleh ikut peraturan, kat sini tak reti2 nak ikut peraturan? kena buat research nanti nih. Kat sana senang je nak lintas jalan, kat sini berjanggut tunggu nak melintas.

    ReplyDelete
  8. Bawak motor hati2 tau...bahaya naik motor ni. I tak boleh tgok org bawak baby and anak2 penuh motor. Sedey..but wat to do, mungkin tu je kenderaan yg mereka ada.


    Suka perumpaan yg last skali tu cam karam singh walia pulak..hehe..

    ReplyDelete
  9. TK,
    InsyaAllah... tiap2 kali naik moto memang mengucap siap2, doa dan tawakkal...
    Mana KSW tu dpt mcm2 perumpamaan ntah la kan.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails