Di hujung-hujung trimester ke-3 ummu aiman ni, antara soalan lazim yang diterima ialah 'nak bersalin di mana nanti?'. Nanti ada tambahan soalan, 'berpantang kat mana nanti?' Pastu nanti mesti ada la yang nak tambah, 'bila nak tambah sorang lagi?' Kalau tanya abu aiman 'bila nak tambah sorang lagi' jawapannya 'la ni pun boleh', tengok la nak tambah apa hehe... Berbalik pada soalan pertama, keputusan sebulat suara telah diambil untuk bersalin di Kuantan.
Godak-godak kotak kat opis ni, terjumpa scroll surat beranak 'optional' si Aiman. Walaupun digulung dan disimpan dalam kotak scroll bertutup, tapi dah mula nampak kesan dimakan hari, ada tompok-tompok dah. Maka saya letakkan dalam frame dan seal terus dengan masking tape.
Birth Cert Aiman... macam dalam zoo. |
Di Sydney dulu, selain daripada surat beranak formal, ibubapa diberi pilihan untuk mendapat surat beranak optional seperti gambar birth cert aiman tu. Ada beberapa pilihan background yang diberi. Sebab bapaknya si Aiman tu suka pada flora dan fauna, maka tema surat beranak Aiman ialah Australian Fauna.
Bagi bayi yang lahir di luar negara, surat beranak dikeluarkan oleh negara tersebut. Kemudian kena ke pejabat kedutaan untuk daftar kelahiran, kemudian baru dapat Borang W yang dikeluarkan oleh kedutaan Malaysia di negara tersebut. Borang W ni kira macam surat beranak dia lah. Lepas tu baru boleh buat passport bagai, kalau tidak tak boleh pulak nak bawa balik budak tu ke Malaysia.
Saya tergelak pertama kali tengok 'surat beranak' a.k.a borang W ummu aiman dulu, 'awat besaq sangat?' tanya saya. Surat beranak saya kecik kiut aje, Taiping mali kan. Rupanya Aiman pun dapat borang W jugak.
Ummu aiman orang belgium, aiman orang ostolia, saya geng dengan baby lah nanti, orang Malaysia!