Kerana dirimu amat berharga

Monday, January 24, 2011

BerTenang

Sekali lagi kita menghadapi pilihanraya kecil untuk penggal ini. Saya tidak berminat untuk ulas isu-isu politik. But my concern is, pilihanraya kecil banyak membazirkan wang dan masa. Entah berapa banyak wang yang dihabiskan untuk mengadakan pilihanraya kecil, tak kira la sama ada halal apatah lagi yang haram, semata-mata untuk berkempen dan memancing undi. Masa juga terbuang kerana kerja-kerja membela nasib rakyat terpaksa ditangguh. Yang paling tak bagus, berlakunya insiden-insiden mengata, memfitnah dan pelbagai lagi insiden yang menunjukkan adanya 'penyakit hati' dalam diri masing-masing. 

Untuk tidak membazirkan wang dan masa, tidak bolehkah dimansuhkan sahaja pilihanraya kecil? Jikalau yang meninggal dunia itu wakilrakyat parti A, maka lantik sahajalah calon daripada wakil parti A juga menjadi pengganti, mungkin daripada timbalannya ataupun sesiapa yang dicalonkan oleh presiden parti tersebut. Nak pilihanraya, tunggulah masa pilihanraya umum berikutnya. Tak payah dok kalut gelut; kejap-kejap nak pilihanraya kecil, sikit-sikit nak pilihanraya kecil. Katakanlah kalau 40 orang para wakil rakyat naik satu bas pi ke mana-mana la, kemudian berlaga (eksiden) dan semuanya meninggal dunia, maka akan ada 40 pilihanraya kecil yang perlu di jalankan? Cuba pikiaq tengok...

Dan lagi, sana sini ada saja suara tak puas hati. Sini buat begitu, sana cakap begini. Sana guna isu itu, sini ekploit isu ini. Bila tak berpuas hati, mulalah ada yang naik angin...

Siapa selalu marah-marah boleh la cuba... boleh melegakan 'naik angin'

:: sekadar pandangan hamba yang tak berapa minat dan tak pandai berpolitik.

9 comments:

  1. Tetap ambil tahu abe. Kita mungkin tidak minat politik, tapi politik pasti tetap minat pada kita.

    Bukti?

    Pampers aiman naik harga....hehe

    ReplyDelete
  2. dah gitu yg tercatat kena laa ikut..

    apakah jangka hayat orang Malaysia dah semakin pendek???

    ReplyDelete
  3. Dr Amad,
    enta bab politik laju teh komen, hehe. aiman dah lama tak pakai pampers =). agaknya hantaran kahwin naik pun sebab politik jugak la kot...

    IE,
    selain dari Quran dan Sunnah, yg lain tu boleh ubah...
    Statistik menunjukkan in general life expectation sekitar 71-76 tahun, dan org pompuan Msia hidup 5 tahun lebih lama berbanding lelaki, tapi yg mati muda pun makin ramai... adeh!

    ReplyDelete
  4. Duit yang digunakan untuk mengadakan pilihan raya tu lebih baik bagi pada orang2 miskin.. besar jugak faedahnya.

    ReplyDelete
  5. huh..is mmg xminat lgsg dgn politik.
    ntahapahapa jer.x telus pun mcm kat negara lain.

    ReplyDelete
  6. Saya setuju dengan awak.
    Ahli politik Malaysia lebih byk main politik drp buat kerja.
    Berkempen tak habis2...
    Kerjanya satu haram tak nampak.

    Salam ziarah.

    ReplyDelete
  7. Azdie,

    Bila sebut pasal DUN Tenang ni, ko ingat tak dulu sesi orientasi haram kat UKM?

    Ala, yg senior bagi nama gelaran kat junior.

    Kan ada satu junior tu yg senior bagi nama gelaran "Si Tenang".

    Lepas tu, tahun berikutnya, ada lagi sorang junior, muka sama macam Si Tenang tu.

    So, senior pun bagi nama gelaran kat junior tu "Tenang Lagi"...

    ReplyDelete
  8. kak tirana, beroleh pahala lagi kan.

    cemomoi, nak bawak bertenang pun susah kalau asik marah2.

    isabelle, politik is needed, cuma org2 yg terlibat tu byk yg problematik kot.

    zoul dahan,
    tu yang slow sikit nak maju tu.
    Terima kasih ziarah ke sini...

    fairus,
    Hehe, orientasi haram =). si Tenang tu dulu kerja kat kuantan, skang ni tak tau mana pegi dah.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails