Kerana dirimu amat berharga

Thursday, January 6, 2011

China

Tidak. Saya belum pernah ke China lagi. Hanya melihat gambar dan mendengar cerita orang yang pernah melancong ke Negara tembok besar itu saja. Ibubapa saya pernah melawat ke China beberapa tahun dulu. Dah lama dah. Jadi saya tak ada apa nak cerita tentang pengalaman saya ke negara China.


Tapi sedarkah anda, semua orang mempunyai china di dapur? Dalam bahasa Inggeris, perkataan china (cai-na) juga merujuk kepada pinggan mangkuk seramik, atau porcelain ware atau crockery. Penggunaan terma 'china' bagi merujuk kepada pinggan mangkuk telah lama digunakan di kalangan English speaking countries. Ini kerana Negara China merupakan antara yang terkenal dalam seni pembuatan pinggan mangkuk seramik sejak beratus tahun dahulu.


Jadi kalau ada mat saleh masuk ke rumah anda memuji, "what a beautiful collection of china you have!", dia bukan memuji kecantikan gambar-gambar anda di hadapan Tiananmen Square, tetapi mungkin cemburu melihat set pinggan mangkuk Royal Albert atau Noritake dalam display cabinet anda itu.


Bila nak boleh beli set ni entah...
Berlainan dengan pinggan mangkuk seramik biasa, bone china pula merujuk kepada pinggan mangkuk yang dicampur dengan abu tulang binatang dalam proses pembuatannya. Harganya biasanya lebih mahal. Campuran tulang dikatakan menjadikan pinggan mangkuk lebih putih, tahan dan kuat. Pembuatan pinggan mangkuk bone china dikatakan berasal daripada England sewaktu perkembangan seni pembuatan seramik dan tembikar.

Oleh itu pinggan mangkuk yang tertera di bawahnya perkataan bone china tidak bermaksud ianya dibuat daripada tulang dan berasal dari kilang di Negara China, tetapi bermakna set pinggan mangkuk itu ada mengandungi campuran abu tulang dalam proses pembuatannya. Mungkin ada antara kita, bila terlihat perkataan 'bone', ditambah pula dengan 'china', terus beranggapan tulang yang digunakan ialah tulang ba-alif-ba-ya, kerana sinonimnya binatang itu dengan ca-ya-nun-alif, dan ia datang dari Negara China.


Dari segi hukum penggunaannya, terdapat khilaf. Ada pendapat yang membenarkan dan ada yang melarang, atas hujah masing-masing. Sebagai end-user saya tidak mahu mengulas panjang isu tersebut. Cuma bagi perkara yang khilaf, tidak perlu bertegang urat menegakkan pendapat sendiri sama ada boleh atau tidak menggunakan bone china sehingga menimbulkan perbalahan. Sesungguhnya khilaf itu rahmat, tetapi jelas pertengkaran itu haram.

10 comments:

  1. bila sebut perkataan China saya terus tringat lirik lagu vulnarable by roxxette.

    'she's so vulnarable, like a China in my hands..'

    :D

    ReplyDelete
  2. kellass gB, sebut china teringat roxxette, hehe.. =)

    ReplyDelete
  3. is pulak, sebut China... terfikir diri sendiri yg 50% cina, tapi muka xde kecinaan langsung. bulu mata kepam ada ler.

    ReplyDelete
  4. Azdi..mau hadiahkan Elin set itu royal albert kah? sini ada banyak..boleh kirim anon jika mahu. Next year insyaAllah sudah mahu kembali ke Malaysia. Cepat jgn terlambat sementara tawaran masih terbuka.

    ReplyDelete
  5. anoonnnn....i waaaaannntttttt!!!!
    errr banker, tolong uruskan urusan pembelian ye, tima kasih.
    masuk buku 555. hahahahahaha

    ReplyDelete
  6. isabelle,
    50%? banyak tuu, kira lulus dah..

    anon,
    ngeeee... terima kasih =)

    Elyn,
    sila berurusan dgn anon and let me know which pattern you like together with the cost. :)

    ReplyDelete
  7. ouhh..i lap u my lalinggg mmuahhh.. mmuahhh... hehehe.
    anon oh anon, where are youuuu bebeh?

    ReplyDelete
  8. i am here Elin. nanti elin inbox kat FB ..nak yang camner. Nanti anon carikkan. Dah nama pun made in England..mestilah kat sini murah berbanding Aussie.

    ReplyDelete
  9. kalo timbul rasa was-was baik tak yah guna, kan? but if tidak go on.

    ReplyDelete
  10. noreed,
    betul tu, kalau sendiri was-was takyah la guna.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails