Kerana dirimu amat berharga

Friday, February 25, 2011

Mata Suatu Anugerah

Mata merupakan satu daripada nikmat Tuhan yang Maha Mencipta. Cuba bayangkan sehari hidup anda tanpa mata, pasti banyak kerja yang tak jadi. Mata juga berkait rapat dengan hati dan perasaan. Banyak ayat-ayat yang mengarahkah kita supaya menjaga pandangan, yakni mata.

"Dan janganlah engkau menuju-kan pandangan kedua matamu dengan keinginan kepada apa yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan dari mereka yang kafir itu menikmatinya, yang merupakan keindahan kehidupan dunia ini, untuk Kami menguji mereka padanya; sedang limpah kurnia Tuhanmu di akhirat lebih baik dan lebih kekal." 
[Al-Hijr: 88]


Saya masih boleh survive tanpa cermin mata. Kalau orang yang matanya OK memakai spec saya, tiada perbezaan dirasa pun. Tapi kalau ummu aiman kehilangan spec, umpama orang kehilangan mata jadinya. Tebal!  

Saya mula memakai cermin mata pada usia 18 tahun. Itupun kerana saya tidak dapat melihat dengan jelas apa yang ditulis oleh cikgu matrik di papan hitam. Kelihatan kembang. Ini kerana kami seramai 60 orang dikumpulkan dalam satu kelas, dan sebagai seorang pelajar yang dalam kategori sedikit tinggi, tempat duduk saya agak ke belakang dan jauh dari papan hitam.

Rata-rata anak mata orang Malaysia berwarna gelap. Jarang amat kita tengok mata budak Melayu berwarna biru. Namun dengan terciptanya contact lens, sudah ramai yang matanya bertukar warna. Yang berpenglihatan baik pun turut membuang duit membeli cosmetic lens supaya mata bertukar warna mengikut kehendak.


Kucing di Restoran Rahmat, BIM Kuantan. Sebelah mata berwarna kuning, sebelah lagi biru. Original tanpa contact lens.

Dalam photography, tempat tumpuan focus ketika mengambil gambar portrait ialah mata. Kajian juga menunjukkan mata merupakan tempat pertama focus kita ketika memandang atau mula berbicara dengan seseorang, melahirkan first impression. Dengan hanya pandangan mata sahaja boleh 'mencairkan' hati seseorang. Menurut sejarah, ummu aiman juga boleh 'tersangkut' dengan abu aiman dari kerana mata. Itulah kuasa mata...



: : Depa kata kalau kucing bermata biru, maknanya kucing tu pekak. Betul ke...
: : Hari ini hari kelima saya sakit mata, alhamdulillah semakin pulih. Pecah rekod berpuluh tahun (mcm la tua sgt), kali ni dapat MC.


7 comments:

  1. "Menurut sejarah, ummu aiman juga boleh 'tersangkut' dengan abu aiman dari kerana mata"

    >>> cough cough cough...sejarah mana lak nih??? ;D

    ReplyDelete
  2. hahaha.kak lyn xnak ngaku...

    tak tau pulak psl kucing pekak tu...try panggil dia, tengok dia toleh x,kekekeke

    ReplyDelete
  3. Semasa di UKM KL dulu, mata saya selalu silau kerana asyik memandang kereta berwarna kuning...

    ReplyDelete
  4. tgh sakit mata ke? erk! lariiii!!!!!

    eh jap. baca blog org yg sakit mata boleh bejangkit tak? ngeee~

    ReplyDelete
  5. elyn, sejarah cucu mami.. muakakaka..

    isabelle, dia mmg jual mahal ;).
    dok try juga bila jumpa kucin mata biru. mmg ada yang buat derk.

    fairus, kunin itu ceria kan...

    GB, mungkin jugak boleh jangkit, kan virus tersebar melalui internet ... Jaga2

    ReplyDelete
  6. Dari mana datangnya cinta? Dari mata turun ke hati...hehehe

    ReplyDelete
  7. kak tirana,
    benar bagai dikata ... hehe ..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails