Kerana dirimu amat berharga

Thursday, February 10, 2011

A Series of Forgetful Events

Alhamdulillah hari ni baru rasa aman dan lega sikit, baru boleh buat kerja dan aktiviti untuk diri sendiri, jengok blog, FB.  It is a stressful week to begin with, too many things to settle at the same time. Dengan sakit urat belikat lagi, adeh. And also...


Agak-agak ikan kap jepun ni alami stress macam manusia tak...

1. Setiap pagi sebelum bertolak ke tempat kerja, rutin biasa ialah bagi makan ayam itik dan ikan. Kalau tanah agak kering, kena siram pokok dulu. Lepas tu baru masuk ambil beg, siap2 dan kunci rumah lalu bertolak ke kedai makan untuk sarapan seterusnya hantar Aiman ke sekolah. Kelmarin setelah parking kereta di opis, buka pintu belakang untuk ambil beg, ternyata beg tiada di situ. "Jom balik! Beg dok ada atas moto!" Masa nak pakai stokin, letak kejap beg atas moto, dan terus lupa nak bawa masuk kereta. Alhamdulillah ia masih di situ bila sampai ke rumah, segala khazanah mak nenek dok ada dlm beg tu.

2. Lepas balik kerja, bukak pintu supaya anak bini boleh masuk rumah. Rutin biasa juga, jenguk ayam itik  ikan dan pokok dan buat apa yang patut. Ummu aiman pula buat kerja dia lah, basuh baju ke apa ke. Kelmarin dulu, dah malam sikit dia pun nak keluar sidai baju. "Laa tinggal kunci kat pintu ni dari tadi?!" Ye dah la tu, saya yang buka pintu petang tadi. Nasib baik tak tinggal terus sampai masuk tidur.

3. Hari Selasa ituari masuk kelas, bawak kertas soalan exam. Dengan kompiden, "OK kelas, hari ni kita ada exam!" Satu kelas terjerit, "Kata minggu depaaan!?" Huh, macamana boleh terlupa minggu ni ke minggu depan. Penat je bertungkus lumus siapkan semua hari sebelumnya tu. Bagus juga, siap awal satu kerja.

"Naper babah lupa? Babah ni dah tua ke?" That is the standard dialog of WMA everytime I forgot something... ngee...

:: Gambar tu bukan ikan saya, tapi ikan kat zoo. Saya cuma ada guppies.=)

8 comments:

  1. don worry..sy slalu begitu.tp tak sampai thp lupa harini ada lecture lg la (mcm sorang mmbr sy tu..hihi).slalu lupa beg budak2..last2 kena patah balik Gebeng..habis dh sejam waktu pjalanan..huhu

    ReplyDelete
  2. jgn la ckp babah tua.kalo babah tua, aunty ni kira senja la..haha

    is pun pernah gak terlupa mcm tu.mula tertinggal beg adam (utk bwk ke nursery), buka pintu balik, amik.

    sekali dah smpi nursery, tgk xde dlm keta. rupanya beg tu ada tertinggal luar pintu rumah.

    2x terlupa. apa kes tu?

    ReplyDelete
  3. elyn, young at heart, ekekeke...

    sya,fuh jauh nak patah balik tu. hehe setakat ni tak penah lagi lupa ada kelas...

    isabelle, 2 kali lupa dlm satu masa,berat sungguh. ekekeke.

    ReplyDelete
  4. nak kurangkan stress layan ikan kap jepun tu

    ReplyDelete
  5. Biase la tuh....saye penah dtg kerja pakai selipar jepun! Nasib baik bukan yang cap Tat Sing tuh!

    ReplyDelete
  6. cemomoi, hajat dihati nak juga bela sekor dua, tapi kolam tak ada...

    Mummy Hanny, bukan org pompuan selalu ada kasut spare 2-3 pasang ke kat opis...

    ReplyDelete
  7. Masa tu xdak spare lg. Lepas kejadian tu baru la pasang spare kt opis... Beringat!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails