Membaca komen-komen salah seorang penyelia thesis saya pada draft penulisan, menyebabkan semakin pening. Banyak yang saya tahu apa yang dia mahukan, dan amat bersetuju untuk memperbaiki penulisan thesis. Tapi beberapa komen seperti ‘this is rhetoric; this sentences is too emotional’ membuatkan saya terhenti seketika, berfikir, “tang mana yang rhetoric dan emotional nya? Aku bukannya tulis cerpen nak ber-retorik dan ber-emo”. Selain itu, membaca cadangan yang mencadangkan supaya saya menulis benda yang telah pun ditulis, membuat saya berkata, “baca tak habih la tu, dah nak letak komen.” Habis blocked kepala otak ku.
Oleh itu, bak kata orang Terengganu, saya ‘ork’ kejap. Blogging to unblock.
Khutbah Hari Ini
Mimbar Jumaat hari ini mengingatkan para hadirin mengenai kedatangan Ramadhan yang semakin hampir. Selain dari itu, khatib menceritakan tentang kelebihan memperbanyakkan perbuatan baik di bulan yang mulia ini. Khatib juga menyentuh tentang kelebihan membuat amal jariah dan menceritakan tentang Siti Zubaidah, isteri kepada khalifah Harun Al-Rashid, yang menjalankan projek membina terusan untuk membekalkan air kepada jemaah haji di Arafah. Sehingga ke hari ini, air tersebut dikenali sebagai air Zubaidah. Khatib menyebut juga mengenai peranan isteri-isteri pemerintah Islam dahulu yang banyak menyumbang kepada masyarakat dan tidak lokek membelanjakan harta mereka demi kebaikan rakyat. Ini berbeza dengan isteri-isteri pemimpin zaman sekarang yang mengambil kesempatan daripada kedudukan suami-suami mereka untuk memenuhi kehendak sendiri terlebih dahulu.
Kurang Melayukah aku?
Seusai solat, saya pun melangkah keluar. Dalam perjalanan menuju ke kereta, saya menyapa seorang yang saya kira sebagai AJK masjid dengan memberi salam. Dia membalas salam dan menghulurkan tangan lalu berjabat. Kemudian dia ‘bertanya khabar’ dalam bahasa seakan-akan arab, kalau arab saya boleh faham lagi setakat bertanya khabar, tapi bunyi urdu pun ada. Saya pun dengan selamba menjawab, “Alhamdulillah, I’m good!” Harap2 betullah jawapan saya terhadap soalannya. Kemudian dia bertanya, “Where are you from brother?” dan saya memberitahu, “Malaysia”. Selepas itu kami terus berbual dalam bahasa Inggeris sehingga berpisah di keretanya.
Ini membuatkan saya terkenang ketika mula sampai di sini. Dalam situasi yang lebih kurang sama, bertempat di surau University, seperti biasa selepas solat kita bersalaman. Saya berjabat dengan seorang pelajar baru yang terus bercakap bahasa ibundanya barangkali dengan saya. Melihat saya ‘terkesima’, dia bertanya, “Pakistani hey?” Mahu saja saya menjawab ‘Nehi He’, tapi saya memberitahu “I am from Malaysia”. Dia pun berlalu dan saya terus kembali ke office. Dalam peristiwa yang lain, ada yang ingat saya dari Sri Lanka, kerana memang ramai masyarakat Ceylon yang bekerja dan menetap di sini. Memang seringkali orang tersilap teka.
Antara lain yang saya masih ingat, semasa saya di darjah lima ialah ketika mengikuti ibu bapa ke Mekah. Kami bertiga keluar berjalan ke bazar. Masih lagi budak, saya berjalan agak jauh dari ibu bapa dan membelek barangan jualan. Tiba-tiba datang seorang pakcik dan bercakap arab dengan laju kepada saya, terus saya berlari mendapatkan ibu saya. Kemudian dia tersenyum, dan seolah-olah termalu seketika. 'La, anak Melayu rupanya!'
Satu restoran mamak berhampiran HUKM memang menjadi tempat ‘bertenet’ ketika zaman belajar dahulu. Menu kegemaran ketika itu ialah telur separuh masak, tosai dan mee goreng mamak, selain roti naan dan roti boom. Kurang pasti di restoran mamak mana, seperti biasa selepas makan saya berjalan ke kaunter untuk membayar. Tiba-tiba, seorang pelanggan yang sedang duduk di meja memanggil saya dan berkata, “Order bang!” Hello, saya tak kerja kat sini okay. Tak kata lah macam tu, tapi saya terus blah.
Satu lagi peristiwa berlaku di zaman yang sama, zaman student, yang hampir sama tetapi sangat berbeza berlaku di sekitar The Mall, berhadapan hotel Pan Pac di KL. Sedang berjalan menuju ke kereta yang diletakkan di parking bertingkat berhadapan PWTC itu, saya disapa dan ditanya soalan dalam bahasa Inggeris. Kurang pasti apa yang ditanya, arah jalan atau kedai, entah. Melihat kepada rupabentuk makhluk yang bertanya itu yang memang confirmed Melayu, saya balas dalam bahasa Melayu lah. “Lah, ingatkan bukan Melayu, macam Pan-Asian!” Awww...
muka hang mmg macam pakistan . sib baik kawen ngan elin ..so muka aiman kureng pakistannya. ketrunan mamak penang ka...?
ReplyDeleteTerima kasih banyak Aky Ternyata Angka jitu hasil Ritual KI JAYA Yang saya minta ternyata Tembus HONGKONG 4D MINGGU 30 NOVEMBER 2014 DENGAN ANGKA 9567 Puji TUHAN SAYA mendapatkan kemenangan 370 JUTA. Sampai-sampai saya mengeluarkan Air mata, SAYA sangat terharu, bahagia dan bersyukur kpd TUHAN Yang Maha Esa. Skrng SAYA sudah memiliki modal untk buka usaha sendiri dan sdh membeli Rumah dan yg paling utama SAYA tdk Terlilit Utang lagi sewaktu SAYA menjadi pegawai pabrik. Jgn pikirkan lagi, langsung hub "KI JAYA" Di (((085-321-606-847_))) Terima kasih banyak Aky Semoga TUHAN membalas kebaikan Anda Jangan Lupa baca blog Ki jaya [⌣»̶•̵̭̌✽̤̈•̵̭̌☀̤̈>>KLIK*DISINI<<☀̤̣̈̇•̵̭̌✽̤̈•̵̭̌«̶⌣]
DeleteTerima kasih banyak Aky Ternyata Angka jitu hasil Ritual KI JAYA Yang saya minta ternyata Tembus HONGKONG 4D MINGGU 30 NOVEMBER 2014 DENGAN ANGKA 9567 Puji TUHAN SAYA mendapatkan kemenangan 370 JUTA. Sampai-sampai saya mengeluarkan Air mata, SAYA sangat terharu, bahagia dan bersyukur kpd TUHAN Yang Maha Esa. Skrng SAYA sudah memiliki modal untk buka usaha sendiri dan sdh membeli Rumah dan yg paling utama SAYA tdk Terlilit Utang lagi sewaktu SAYA menjadi pegawai pabrik. Jgn pikirkan lagi, langsung hub "KI JAYA" Di (((085-321-606-847_))) Terima kasih banyak Aky Semoga TUHAN membalas kebaikan Anda Jangan Lupa baca blog Ki jaya [⌣»̶•̵̭̌✽̤̈•̵̭̌☀̤̈>>KLIK*DISINI<<☀̤̣̈̇•̵̭̌✽̤̈•̵̭̌«̶⌣]
Terima kasih banyak Aky Ternyata Angka jitu hasil Ritual KI JAYA Yang saya minta ternyata Tembus HONGKONG 4D MINGGU 30 NOVEMBER 2014 DENGAN ANGKA 9567 Puji TUHAN SAYA mendapatkan kemenangan 370 JUTA. Sampai-sampai saya mengeluarkan Air mata, SAYA sangat terharu, bahagia dan bersyukur kpd TUHAN Yang Maha Esa. Skrng SAYA sudah memiliki modal untk buka usaha sendiri dan sdh membeli Rumah dan yg paling utama SAYA tdk Terlilit Utang lagi sewaktu SAYA menjadi pegawai pabrik. Jgn pikirkan lagi, langsung hub "KI JAYA" Di (((085-321-606-847_))) Terima kasih banyak Aky Semoga TUHAN membalas kebaikan Anda Jangan Lupa baca blog Ki jaya [⌣»̶•̵̭̌✽̤̈•̵̭̌☀̤̈>>KLIK*DISINI<<☀̤̣̈̇•̵̭̌✽̤̈•̵̭̌«̶⌣]
Azdie ni lebih kurang macam husband kak tirana la..Jumpa dia, mesti orang nak cakap omputih padahal dia melayu..hehehe
ReplyDeleteazdie...bukan hang ada keturunan anak mami ka???hehehehe...tp mmg hang tk nmpk sgt muka melayu..byk mcm hindustan he...
ReplyDeleteBetul la Azdie..you mmg tak nampak sangat muka Melayu..anyway ok apa..boleh menyamar tu!!!hahaha
ReplyDeleteMelayu ni banyak sangat irasnya, boleh jadi iras mat saleh, boleh jadi iras pakistan, boleh jadi iras arab, boleh jadi iras Cina, boleh jadi iras Jepun. Boleh kata, semua rupa bangsa boleh ditemui dalam masyarakat Melayu. Hebat kannnnnn.
ReplyDeleteoh my international husband....what an interesting story...hehehehehehehehehe
ReplyDeleteAnon/Intan, mami Penang pun ada, Bengali roti Bagan Serai pun ada. Katanya kilang roti tu ada lagi sampai la ni.
ReplyDeleteKak Tirana,
Agaknya ada iras2 omputih kot hubby akak tu.
suzie, agak2 kalau belakon orang bagi watak tokey kedai mamak je la.
Pok Li,
setuju! Agaknya kesan tamadun Melayu yg maju satu ketika dulu, di mana ramai org datang ke tanah melayu dari seluruh pelusuk dunia. Asimilasi bangsa.
Dear Elyn, do I? international aper kobondo eh... nasik juga jadi pujaan.
Salam kenal dan terima kasih.
ReplyDeleteMuka Melayu kan universal !!!
Salam kenal dan terima kasih.
ReplyDeleteMuka Melayu kan universal !!!