Param yang dirindui
Bagi umat Islam seluruh dunia, ketibaan Ramadhan bermakna bermulanya ibadah puasa. Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan ke-5 saya sekeluarga berpuasa di perantauan. Setiap kali Ramadhan, antara yang dirindui ialah 'Param', atau nama penuhnya Pasar Ramadhan! Ia adalah panggilan semasa saya masih lagi pelajar.
Siput sedut, lamanya tak merasa...
Kali terakhir saya ke param ialah pada puasa tahun 2004! Mungkin juga pasar ramadan, atau dikenali juga bazar ramadan yang ada pada hari ini berbeza konsepnya daripada 5 tahun yang lalu. Yang pasti, pelbagai juadah yang menarik dijual. Ikutkan nafsu, semua mahu dibeli.Tepung Pelita, sedapnya!
Ramadhan di PerantauanSuasana menyambut Ramadan di perantauan memang berbeza. Berada di Sydney, muslim merupakan kelompok minoriti. Tidak ada satu pun iklan atau rancangan yang berkaitan dengan puasa dan hari raya. Hanya di khutbah-khutbah Jumaat, khatib sudah memberikan peringatan mengenai kewajipan puasa dan kelebihan Ramadan. Namun begitu, dari pengalaman lepas, suasana di masjid dan musolla memang meriah di sepanjang malam Ramadhan. Ramai!
Walaupun sambutan dan jualan tidak semeriah di Malaysia, ada perbezaan berbanding hari-hari biasa. Di Lakemba, sebuah 'suburbia' yang amat sinonim dengan komuniti Muslim, buah kurma atau rutob banyak dijual di kedai-kedai dan pasarnya. Restoran-restoran yang hampir semuanya halal di kawasan ini, ada yang sudah mula mempromosikan pakej berbuka puasa mereka. Kedai pakaian atau busana muslim juga mula menjual pakaian dan jubah yang cantik-cantik, kadangkala melimpah sampai ke luar kedai. Sepatutnya begitulah, kita berbelanja dan membeli pakaian baru sempena menyambut Ramadhan.
Suasana di Haldon Street, Lakemba
Di Malaysia, saya pasti sedikit masa lagi iklan jualan hari raya akan berada di mana-mana. Kedai dan gerai menjual kuih raya serta baju raya mungkin juga sudah mula tumbuh, kan?! Mungkin tempahan baju serta kuih raya juga sudah ada yang habis...
Rakyat Malaysia yang berada di sekitar Sydney, khususnya para pelajar, juga gembira dengan kedatangan Ramadhan. Di Malaysia Hall, setiap malam akan diadakan solat tarawih berjemaah. Pada hujung minggu, biasanya akan ada individu, permanent resident atau pun badan kerajaan seperti MSD, Petronas dan MARA, yang akan 'sponsor' jamuan moreh. Walaupun tahun lepas Malaysia Hall ditutup kerana projek naiktaraf dan solat tarawih beramai-ramai tidak dapat diadakan seperti tahun-tahun sebelumnya, harapnya tahun ini akan meriah kembali. Bagi kalangan keluarga postgrads, kami juga 'menganjurkan' majlis berbuka dan tarawih bersama-sama di rumah masing-masing. Potluck, memang meriah. Pelbagai masakan dikongsi bersama dan solat berjamaah, diikuti dengan makan dan makan lagi... hehehe. Inilah keluarga dan adik-beradik di sini.
selamat berpuasa di perantauan bro!
ReplyDeletetiga tahun Bapak kat Ipoh nie, Bapak x berapa teruja sangat ke Param setiap kali ramadan menjelma. sebabnya biasa ke Param untuk cari juadah yang pelik2 & jarang dapat di bulan lain, tapi kat sini sama jer..hehhe.
Setiap kali kedatangan bulan Ramadhan saya pasti teringat param di Kuala Pilah kerana kelazatan Air Tahu nya. Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak
ReplyDeleteBapak,
ReplyDeletesaya kalau balik Taiping pun bukannya nak ke param sangat, sebab kat rumah lagi besh. Rasanya yang happening param kat sekitar KL la, juadah seluruh malaysia ada.
Pok Li,
Memang kena cari dan ingat gerai mana yg sedap. Ada org yang 'tangkap muat' aje meniaga bulan puasa ni. Sedapnya taufufa!
Terima kasih dan Selamat Berpuasa!
first tengok entry ni...PARAM..ingatkan Elyn berparam ( pakai param -berpantang setelah melahirkan anak)! Ceh..rupanya pelakon param dan pasar ramadhan.Selamat berpuasa sumer.
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteMakcik jarang ke pasar Ramadhan ni. Biasanya makcik masak sendiri. Di bulan Ramadhan inilah makcik nak tunjukkan teror memasak. Baik kuih ataupun lauk pauk.
Di pasar Ramadhan biasanya, di hari pertama sahaja lauk pauk, kuih muih elok-elok. Hari seterusnya, mulalah ada yang dah resan tak boleh dimakan. Akhirnya terbuang.