Kerana dirimu amat berharga

Wednesday, August 12, 2009

Update: Pandemik H1N1

Sekadar berkongsi informasi daripada yahoogroup mengenai selsema babi, untuk perhatian dan panduan bersama....

Gambar Hiasan: definitely not my handwriting.




Salam.

Segala maklumat terbaru untuk H1N1 daripada PAKAR dan PAKAR PERUBATAN Alkis akan ditempatkan di bawah topik diatas. Ini untuk memudahkan 'rantaian' maklumat yang tepat sampai kepada golongan yang bukan berlatar belakangkan perubatan dan kesihatan.

1. Mengikut maklumat daripada jabatan kesihatan, kementerian kesihatan telah melakukan perancangan utk menghadapi 'keadaan' yang 'terburuk, dengan unjuran 'jumlah' kematian yang dijangka daripada modelling 'spanish flu pandemik'. 'Jumlah jangkaan kematian akibat H1N1 tidak boleh dipandang RINGAN.

Oleh yang demikian, kami menasihatkan warga ALKISAN
1. Mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengikut segala langkah-langkah yang dihebahkan dalam TV, radio dan surat khabar.

2. Kerapkan membasuh tangan terutamanya apabila berada di tempat awam, jauhkan jarak anda daripada orang lain sekurang2nya satu meter. Ini disebabkan oleh kewujudan virus adalah lebih banyak dalam 'droplet' atau cecair.

3. Hanya pergi ke tempat-tempat awam apabila perlu sahaja tanpa membawa anak-anak kecil. Apabila perlu pergi ke hospital untuk membawa kaum keluarga yang di dalam kategori berisiko untuk tujuan seperti rawatan susulan, injection vaksin dsbnya, pastikan memakai topeng muka N95 yang berkebolehan menapis kuman dan virus lebih baik dari topeng yang biasa.

4. Apabila anak-anak anda mendapat selesema pastikan mereka mendapat rawatan yang sewajarnya dan kuarantinkan di rumah untuk mengelakkan kanak-kanak lain mendapat jangkitan tersebut.

5. Tingkatkan imuniti anda dengan mengamalkan makan madu, kismis, jus oren dan bawang putih.

6. Telah menjadi amalan di kalangan kami para doktor untuk membawa cecair steril kuman seperti spirit dan menyapunya ke tangan dari masa ke semasa.

7. Beberapa hospital telah mempunyai 'fever clinic'nya sendiri seperti Hospital Selayang.Maklumat mengenai hospital lain yang mempunyai kapasiti sedemikian akan diupdate dari masa ke semasa.

8. Marilah kita sama-sama mengamalkan solat hajat dipermudahkan untuk menghadapi BALA pandemik H1N1 2009. Sila lakukan inisiatif sendiri dengan menggerakkannya di komuniti anda.

* kategori yang berisiko tinggi (mempunyai daya ketahanan badan yang rendah) adalah seperti berikut :
1. Berpenyakit kronik seperti penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi
2. Mempunyai penyakit berkaitan pernafasan seperti asma
3. Berat berlebihan
4. Ibu mengandung
5. Berpenyakit kanser atau sedang mengikuti rawatan kemoterapi
6. Kanak-kanak dan bayi.

Memandangkan H1N1 adalah satu 'novel' virus, yang baru, masih banyak maklumat yang belum diketahui. Oleh yang demikian adalah menjadi satu keperluan persaudaraan dan tanggungjawab, maklumat-maklumat baru yang diperolehi akan dihantar ke laman web alkis@yahoo group dari semasa ke semasa.

"BERUSAHA, BERDOA, MENGAMBIL IKTIBAR DAN BERTAWAKAL".

Sekian,

Pegawai Perubatan, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR)

2 comments:

  1. yang no. 5 tuuu,jarang sgt diwar-warkan. Ini asik terima email suruh minum jus epal n oren byk2. Apa kt jus kurma???

    ...yusof taiyob

    ReplyDelete
  2. persoalan yang menarik!

    saya pun tertanya, epal hijau dan oren tu berasid, dan asiditi dlm badan lebih mudah menyebabkan kita dapat penyakit. Tapi mungkin nilai vitaminnya lebih tinggi.
    Madu dan buah kurma pulak, selain kandungan gula, mempunyai mineral yang tinggi. Jadi mesti jus kurma jugak bagus untuk kesihatan.

    Apapun, makan lebih banyak buah dan sayur hijau, insyaAllah lebih sihat.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails