Kerana dirimu amat berharga

Friday, April 23, 2010

Kedekut kah?


Gambar: Tiada kaitan dengan posting di bawah, tapi agak-agak binatang apa yer...

 
Jadual di bawah menunjukkan perbelanjaan mingguan sekumpulan penduduk di sebuah kawasan dalam kajian saya. Maklumat terperinci telah dikeluarkan dari jadual.




Weekly food expenditure ($) 
Gender  

Total
Males
Females
Below 50
51-100
101-150
151-200
Above 200 
30.3
29.3
18.2
17.2
5.1 
11.7
34.5
19.3
23.9
10.7
17.9
32.8
18.9
21.6
8.8 

 

Kalau dilihat daripada jadual di atas,  majoriti lelaki berbelanja kurang dari $50 seminggu untuk membeli makanan, dan peratusannya semakin berkurangan dengan pertambahan jumlah perbelanjaan. Berlainan dengan wanita, mereka berbelanja lebih untuk membeli makanan pada setiap kategori, kecuali $50 ke bawah, berbanding lelaki. 


Pelbagai andaian boleh dibuat berdasarkan data di atas.  Mungkin wanita lebih bertanggungajwab untuk menguruskan hal ehwal makanan untuk rumahtangga dan anak-anak, lalu berbelanja lebih untuk memenuhi keperluan rumahtangga. Wanita juga lebih cerewet tentang pemilihan makanan atau membeli hanya makanan yang tertentu yang lebih mahal daripada pilihan makanan lelaki. Ye lah, nak jaga badan mesti makan makanan sihat, suplement bagai. 

Lelaki 'orang putih' ini mungkin juga telah menghabiskan duit mereka dengan membeli arak dan juga berjudi, maka tiada duit untuk makanan. Mungkin juga lelaki lebih berjimat cermat untuk masa depan dan membeli makanan yang murah-murah selain dapat menahan nafsu makan mereka dengan baik. Lelaki juga mungkin kurang memilih, asal namanya makanan bedal saja. Bagi mereka, lebih baik duit tersebut dibelanjakan ke arah lain, seperti kereta, kamera DSLR, jam atau hobi-hobi yang lain, hehe. 


Atau adakah kerana lelaki lebih kedekut berbanding wanita?


Sila buat research sendiri…

11 comments:

  1. agak-agak anda masuk dlm kategori yg mana satu? ;p

    ReplyDelete
  2. Abu Aiman simpan untuk 'adik baru' aiman kot...kan abe kan...ekeke

    ReplyDelete
  3. Dr Amad,
    adik baru takpe, jangan 'cawangan baru' jah, ekeke...

    dengor kabor suke melawat belog2 orang baru kawen dan baru dapat baby. Kena puasa banyok sheikh.. ;)

    ReplyDelete
  4. Elyn,
    Yelah yelah, sayalah lelaki yang paling menyayangi keluarga, sanggup bekorban apa saja.. ekeke...

    ReplyDelete
  5. makan untuk hidup kanns, ;-P

    salamm,

    ReplyDelete
  6. yap !!!
    lelaki memang kedekut...kedekut kat bini sendiri tp pemurah kat bini org lain...

    kedekut kat anak sendiri tp pemurah kat anak dara org lain....

    Jadilah kita seorang yg pemurah semoha semakin murah rezeki kitaa..

    ReplyDelete
  7. Ambe sabor je abe weh...tapi mugo dari dulu lagi jenis suko dengan budak-budak kecik..gitulah jadi yo

    ReplyDelete
  8. tunbegia,
    saya memang suka makan. Salam juger.

    ikan emas,
    amboi geram je bunyinye.
    Hari2 jemaat ni lebihkanlah bersedekah.

    Dr Amad,
    Sama la kita. Mama bbebel kat aiman, abah dia cool aje, hehe.
    Semoga jadi ayah yg penyayang tak lama lagi...

    ReplyDelete
  9. isk..isk..lelaki..macam betul la..

    ReplyDelete
  10. Lelaki kedekut nak beli makanan tapi beli benda lain tak kedekut pulak..hehehehe.. Beli makanan rm50 berkira tapi beli set hi-fi rm5000 tak jadi masalah pun.

    ReplyDelete
  11. Duniaku,
    betul ke? ekekeke

    Kak Tirana,
    hehehe... Teringat pulak kat arwah abah, kami pergi berdua aje masa nak beli home theater set. Pastu bila pasang kuat2 kena sound dgn mama padahal dia kat dapur. Kami berdua tersengih depan tv. Rindu abah...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails