Kerana dirimu amat berharga

Friday, April 16, 2010

Minyak Pengasih

Akhbar Berita Harian Online baru-baru ini menyiarkan berita perihal betapa kemaruknya budak-budak sekarang kepada penggunaan minyak pengasih. Berita itu ditulis dengan gaya seolah-olah ianya suatu perkara yang normal, tiada nada bersalah atau berdosa di situ. Seakan mempromosi produk tersebut, tiada satu ayat pun yang menyatakan bahawa ianya suatu dosa, khurafat dan membawa kepada syirik yang tidak memungkinkan penggunanya mencium bau syurga. Apatah lagi pembuat dan penjualnya. Itu belum ditambah kesan daripada penggunaan bahan tersebut, yang mengundang lebih banyak maksiat berlaku.

Yang tambah memalukan ialah berdasarkan nama tertulis, penjualnya seorang Melayu, penulisnya Melayu, dan gambar yang tertera ialah seorang perempuan bertudung memegang botol kecil berisi minyak pengasih, pastinya seorang muslimah. Ya Allah, apalah nak jadi dengan depa ni.

Si penjual kononnya 'secara jujur' membuat pengakuan yang dia bertujuan untuk membantu pasangan yang bermasalah. Dia juga seakan bangga dengan jumlah penjualannya yang amat menggalakkan walaupun dengan harga yang tinggi. Dia juga berkata yang dia sering memberi nasihat kepada pelanggan terutama pelajar IPT agar tidak menggunakannya kerana boleh membawa mudarat. Tapi yang hang pi jual jugak tu apa kejadahnya!? Tak ada orang nak tangkap ke dia ni?

Kadang-kadang saya hairan dengan sikap wartawan dan akhbar kita. Memanglah tugasnya menyampaikan berita. Tapi tak payahlah menyampaikan cerita-cerita yang menjurus ke arah mengajak manusia melakukan kejahatan. Teliti lah dulu sebelum tulis tu, jangan syok sendiri.

Bagi yang menggunakan cara halus untuk memikat pasangan, anda sebenarnya seorang yang tidak macho dan tidak mempunyai keyakinan diri. Sungguh tak 'gentleman', ada ke nak mengorat anak dara orang atau nak memikat isteri sendiri nak kena guna minyak pengasih? Tadak teloq ka!?

Lebih teruk lagi, ianya merupakan sesuatu yang syirik kerana bergantung kepada 'makhluk halus' untuk mencapai hajat, dan ia adalah satu-satunya dosa yang tidak terampunkan. Beringatlah.

10 comments:

  1. totally agree with u.. dah alang2 tu kenapa tak letak je terus gambar full, baru glamer sket makcik tu.
    p/s: i guna minyak masak ajer... tu pun kdg2.. hehehehe ;p

    ReplyDelete
  2. boleh caya ker mujarab?
    kot psiko jer..


    ...maknanya memang orang kiter terlalu mudah di 'ayat'..

    ReplyDelete
  3. Elyn,
    saja tanak jadi ejen penyebar.
    Guna lah olive oil, lebih sihat =)

    ikan emas,
    ini dikategorikan sebagai sihir pengasih, memang wujud. Kita yang baik2 ni (perasan jap) memang tak terfikir pun pasal benda2 ni.

    ReplyDelete
  4. zaman sekarang pun ada lagi ke orang yang guna minyak pengasih ni? Pikat la guna blackberry ke iphone ke ipad ke? hehehe

    ReplyDelete
  5. Kak Tirana,
    Itulah, pandai2 lah bagi hadiah kan. Saya dulu susah payah balut hadiah cantik2, hehehe. Nanti kalau kak tirana dah pakai iPad boleh la buat review sikit, mcm menarik.

    Di akhir zaman sihir akan jadi mcm bahan mainan...

    ReplyDelete
  6. salam
    org melayu ja yg dok taksub dgn benda2 mcm ni-minyak guna2,tok bomoh,puja memuja,nombor ekor dll yg jelas bertentangan dgn akidah...

    ReplyDelete
  7. Kamsiah,
    salaam. Gitulah, kalau tak ada permintaan, tok2 bomoh ni mesti gulung tikar kan. Didikan agama yg penting.

    tunbegia,
    Salaam. Tertanya juga, thanx for what...

    terima kasih kerana singgah ke sini.

    ReplyDelete
  8. A very intriguing post Abu Aiman! Saya dah lima namblas kali jgk terpikir nk tulis pasal berita dlm akhbar tempatan kita, tp tak kesampaian....

    ReplyDelete
  9. Tq Mummy Hanny,
    paper hari2 cerita baru, kita post blog ikut mood kan, tu yg asik tak kesampaian tu...
    akhbar ni kdg2 mementingkan menjual cerita daripada menyampai berita...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails