Kerana dirimu amat berharga

Saturday, July 31, 2010

3D3N in Putrajaya

Tiga hari tiga malam berkampung di Putrajaya agak memenatkan. Namun atas dasar menjalankan tugas yang telah dipertanggungjawabkan, saya terus menghadiri mesyuarat yang berlangsung dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang setiap hari selama tiga hari minggu lalu.


Pada saya yang rasanya hampir 5 tahun tidak menjejakkan kaki ke sana, Putrajaya sudah banyak berubah. Bangunan semakin banyak, lanskap semakin indah, juga terdapat banyak taman-taman awam disekitarnya. Alamanda juga sudah ramai manusia yang mengunjunginya, berbanding ketika mula-mula dibuka dulu. Jalinan jalan juga semakin banyak, terima kasih kepada Nokia saya yang banyak membantu.


Walaupun berada di sana selama 3D3N, saya tidak berkesempatan untuk berjalan-jalan dan melawat ke mana-mana. Meeting-Hotel-Dinner. Kamera yang dibawa sekadar memenuhkan ruang kereta sahaja. Hanya beberapa gambar Aiman bermain air di kolam renang hotel yang sempat disnap. Gambar di atas pun atas ihsan encik Google. Penat. InsyaAllah lain kali jika ada kesempatan akan meluangkan masa 'melancong' ke Putrajaya.



"Women are ruling the country..." Itulah antara yang terlintas di fikiran saya semasa menghadiri mesyuarat itu yang rata-ratanya membincangkan mengenai dasar dan perlaksanaan strategi pemakanan negara. Ruang mesyuarat yang besar dan indah itu dipenuhi kaum wanita. Daripada runner dan rapporteur hinggalah kepada Pengarah dan Ketua Pengarah jabatan-jabatan dan bahagian yang terlibat, majoriti adalah wanita. Ke mana hilangnya lelaki?

12 comments:

  1. salam,

    sekali-sekala saya ada juga urusan di Putrajaya tapi masih tak sempat bersiar-siar pun asyik terfikir lain kali je sudahnya hanya masjid ngan kompleks kerajaan yang pernah dilawati..

    ReplyDelete
  2. Lelaki yang berkualiti semakin pupus kot..hehehe

    ReplyDelete
  3. penjejak maya,
    salaam. Orang melancong dari negara dan benua lain habis dtg melawat Putrajaya, kita rakyat malaysia tak sampai2, hehe. Saya target nak lawat taman botani dulu nanti, tengok apa ada dalam.

    kak tirana,
    itulah antara isu yg timbul masa sembang2 dlm group discussion tu. They need male staff, tapi takdak.

    ReplyDelete
  4. oooo...

    patutla kita lepak kat kuantan tu ari tak nampak aiman ....

    cabaran kepada lelaki...

    ReplyDelete
  5. Selamat Datang ke Putrajaya. Saya pun tak berapa sempat nak pusing Putrajaya.

    Hari-hari kerja, Kuala Lumpur - Putrajaya. Meletihkan.

    ReplyDelete
  6. ikan emas,
    waah jauh datang melepak sampai ke kuantan... takpe next time jumpa aiman.
    ada sorang bekas pengetua komplen, pernah dalam setahun sampai 36 cikgu sekolahnya cuti bersalin. Pening jugak nak handle katanya, hehe.

    Pok Li,
    Memang kalau hari bekerja tak sempat nak round2. Kena peruntukkan masa khas utk bercuti. Ramai yang sanggup berulang-alik jauh2 untuk kerja sekarang ni kan.

    ReplyDelete
  7. ::: salam bro abu-aiman, terima kasih mengunjungi blog saya.. tak sangka yee kat australia movie world tuh ada surau yg selesa. kat US singapore takde! tak tahulah, maybe akan datang, akan disediakan kot.. tapi biasalaa singapore [huhu]..

    ::: 3D3N kat putrajaya meeting yee? [huhu] dah lama saya tak ke sana. my 1st job was at one of the ministry office [hehe] b4 moved to putrajaya, my office was at jalan dato' onn.. pasal ladies' rulling tuh, mmg benar, normal for me & its showed our country never had a biased in hire a job based on gender.

    ::: no doubt, ladies lebih rajin & teliti terutama sekali in clerical matters. mens are more on hands-on & application, sbb tuh lelaki jarang ada kat opis [hehe] yg berat2 semuanya lelaki buat.. kat opis saya pon lelaki boleh bilang dgn jari. boring gak bila takde rakan lelaki yg boleh kita borak2 & gelak2 besar. dont get me wrong, i like ladies alot, my mom, my sis & my awek pon keje gomen [hehehe], cuma kalo ada keseimbangan, baru best sikit..

    ~ salam ramadan & keep on blogging bro..

    ReplyDelete
  8. Salaam ReActivate,
    Terima kasih kembali kerana sudi singgah ke sini...
    Setuju dgn pendapat bro tu. Dah la lelaki sikit, bukan senang nak cari yg betul2 sekepala dgn kita. Tapi nak buat cemana kan, terpaksa la sesuaikan diri dgn keadaan... Hati kena seronok baru kerja pun happy kan.

    Salam Ramadhan!

    ReplyDelete
  9. Sudah dinyatakan di dalam al-Quran bahawa wanita itu akan menjadi semakin ramai daripada lelaki.

    ReplyDelete
  10. meeting sepanjang hari selama tiga hari... uiii berat kepala dibuatnya...

    lelaki? spesis terancam yang kian pupus

    ReplyDelete
  11. kak zara,
    tanda-tanda kiamat kian hampir...

    cemomoi,
    memang penat kepala otak, brainstorming...

    hehe, kena buat tindakan pemuliharaan supaya tak terus pupus.

    ReplyDelete
  12. My brother suggested I would possibly like
    this blog. He was entirely right. This post truly made my day.
    You cann't imagine simply how much time I had spent for this info!
    Thank you!

    My blog ... medical negligence solicitors

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails