Kerana dirimu amat berharga

Monday, October 11, 2010

Recap

Minggu-minggu yang berlalu terasa laju. Penat. Tak dan. Rumput di rumah pun dah panjang. Seingat saya selepas cuti raya baru sekali berhujung minggu di rumah sendiri... Sepatutnya hujung minggu hanya untuk keluarga, tapi dalam jadual ada beberapa program yang sengaja diatur di hujung minggu... Hai bila laa nak pencen ni...


Recap 

01.10.10 - 03.10.10
Bertolak dari Jumaat petang lagi ke KL, kemudian hari Sabtu menziarahi sahabat lama yang ber'open house' di Putrajaya. Besau rumahnya. Ahad petangnya saya mewakili jabatan menghadiri Majlis Konvokesyen  di Gombak. Pemandangan dari atas pentas memang berbeza. Seronok melihat kegembiraan para graduan menerima ijazah. Tahniah! Lebih seronok dan tersentuh lagi melihat kegembiraan para ibubapa yang melihat anak mereka berjalan di atas pentas. Mak satu kamera, ayah satu kamera.

05.10.10
Hari ini hari jadi mama. Apa yang istimewa, hari jadi abah pula sehari kemudian dari mama, 06 Okt. Jadi kebiasaanya kami celebrate sekali, kad pun selalunya bagi satu saja. Mama dan abah merupakan classmates sejak dari sekolah rendah lagi. Tahun ini pertama kali mama menyambut hari jadi tanpa abah di sisi.... Alhamdulillah, mama mengisi hari ini dengan menghadiri kenduri sahabat sekuliahnya. Ruang masanya terisi.

08.10.10
Sekali lagi ke KL, menghadiri mesyuarat yang berlangsung seharian. Kumpulan saya juga merupakan yang terakhir selesai, penuh bersemangat. Seusai mesyuarat, kami terus bertolak ke Taiping dan sampai sekitar jam 11 malam. Keluarga abang juga balik, maka meriahlah budak-budak bermain. Aiman suka sangat dapat main dengan baby Sabrina, yang dah mula pandai 'bersembang'.

10.10.10
Bertolak balik dari Taiping ke Kuantan. Penat woo. Transit sebentar Subang Bestari. Dari pagi TV bercerita tentang perkahwinanan seorang rakyat Malaysia yang pertama ke angkasa itu. Mengimbas kenangan zaman berlajar, pengantin perempuan tersebut pernah menjadi 'pujaan hati' seorang classmate saya di universiti dulu. Dicuba beberapa kali namun nasib tidak menyebelahi rakan saya ni, maka melepaslah rakan saya akan junior yang seorang ni. Rupanya jodoh dengan pak syeikh. Sampai sekarang rakan saya itu masih solo... hehe..



10 comments:

  1. bunga bukan sekuntum. Belajar cari yang lain.

    ReplyDelete
  2. Pok Li,
    dah penat kami bagitahu dia. Memilih sangat...

    ReplyDelete
  3. salam ziarah kpd pemilik blog..kenal blog ini dr blog pok li..semoga tuan blog sihat sejahtera disamping keluarga tersayang dan dirahmati Allah SWT

    ReplyDelete
  4. sahromnasrudin,
    Salaam & terima kasih atas kunjungan tuan ke blog yg tak seberapa ni. Terima kasih juga atas doa tuan, semoga tuan sekeluarga juga mendapat rahmat dariNya.

    ReplyDelete
  5. aper diharap padi seberang..
    padi kat mesia pown banyak ghitewwww

    ReplyDelete
  6. en_me,
    lain padang lain belalang,
    lain orang lain 'taste' nya...
    hehe...
    mekasih singgah sini.

    ReplyDelete
  7. saper ler gerangan yang masih solo tu yer...?didoakan supaya dibuka pintu hatinyer.macam-macam...

    ReplyDelete
  8. Anon,
    berapa kerat sangat lah 'kumbang' dalam kelas kita dulu tuu... hehe...

    ReplyDelete
  9. Hah, kalo camtu saya bleh agak dah kumbang yg mana.... :))

    ReplyDelete
  10. Mummy Hanny,
    hehe, orang ittew ler...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails