Kerana dirimu amat berharga

Wednesday, November 3, 2010

Baju Lama Baju Baru


Kalau berjalan-jalan ke supermarket atau shopping mall, antara department sering dilawati ialah kain baju budak. Ya lah, budak-budak cepat membesar. Maka mahu tidak mahu selalu juga lah kena beli persalinan baru; baju tidur, baju jalan2, seluar, setokin, kasut, selipar...

Jika dibandingkan pilihan pakain budak lelaki dan perempuan, lebih mudah memilih baju budak lelaki kerana tak lah sebanyak pilihan baju budak perempuan yang berfesyen-fesyen. Nasib baik Aiman lelaki. Kalau adik nanti girl, kita biar mamanya saja yang shopping sorang-sorang. Sekarang ni pun bila lalu saja dah teruja nak beli dress lah, head band lah, kasut yang kecik-kiut tu pun kalau boleh nak diangkut. Tidak dinafikan memang pakaian baby dan budak kecil sangat comel dan kiut.

Saya jarang membeli pakaian baru. Amat jarang. Sehinggakan 'dituduh' suka memakai baju lama yang kelihatan usang di mata isteri. Sayang juga dia kat saya. Saya belasah saja, nampak masih elok dipakai. Baru-baru ini saya beli juga dua helai kemeja dengan sehelai slack, itupun sale yang mana dua daripadanya 50% diskaun dan satu lagi 70% diskaun. Kalau tidak, jawapan saya ialah "nanti dulu lah".

Alasan utama, pakaian lelaki lebih mahal dari wanita. Lepas tu pulak, tak banyak choice. Kalau kemeja untuk ke ofis, sama ada lengan panjang atau pendek, dan coraknya pula belang atau petak, kalau tidak mahu yang plain colour. Begitu juga seluar slack. Jadi nak buat apa ada banyak-banyak benda yang lebih kurang sama kan? Mungkin boleh kumpul neck-tie, tapi kalau banyak-banyak nak buat apa pun. Kadang-kadang tu jealous juga dengan orang perempuan. Dah lah murah sikit, pelbagai corak dan warna serta style pula tu. Cuma perlu pastikan tutup aurat lah yer!

Kasut kerja utama saya masih lagi kasut hitam hadiah hantaran kahwin 6 tahun dulu. Ada la sepasang dua lagi yang lain, termasuk satu yang dibeli di up-town, yang dah mengelupas tapi masih selesa dipakai. Kasut 'orang itu'? Saya dah lost count. Tapi padan la, harga sepasang kasut lelaki boleh beli 3-4 pasang kasut perempuan. Kena pulak time sale kan. Hmm, lama dah dia tak beli kasut baru...

Anak dan abah punya.
From Out and About 

11 comments:

  1. nak beli kasuuutt...nak beli kasuutt....hehehe

    ReplyDelete
  2. shopping...shoppingggggggggg~

    ReplyDelete
  3. hurm, saya pulak gile shopping..adei

    ReplyDelete
  4. ha ha..tetiba entry minggu ni sama lak yer..pasal baju. hang jgn jeles kat elin n aiman..depa mmg layak beli baju bnyk sbb depa kiut.pakai apa sajer..sumer comey.

    ReplyDelete
  5. secara logiknya barang lelaki mahal sebab tak banyak jualan. jadi kalau mau untung, harga mesti la mahal. barang perempuan murah sebab jualan banyak dan menguntungkan. Kekekeke. tiap kalu besday rakan lelaki pasti susah hati nak beli hadiah sebab dah la limited choice pastu mahal pulak. bagi teddy bear nanti buat muka pulak kan...
    :D

    ReplyDelete
  6. salam..kasut saya pun dh masuk 4 tahun..tp masih mantop lg huhuhuhu

    ReplyDelete
  7. elyn & cuNa,
    sila sila, anda memang ber-uang, maka boleh berbelanja.

    imanshah,
    saya pun suka shopping - window shopping... hehe.. mujur kuantan ni tak byk shopping mall mcm KL.

    anon, mesti elyn tersengiih baca komen anon, kuikuikui.

    Miss Mya,
    hehe, dlm ertikata lain sbnrnya org pompuan mmg lebih suka shopping la. Setuju, susah nak beli hadiah utk org lelaki. Yg senang, blanja makan! =)

    sahrom,
    salaam. Tu yg kita kata 'alah membeli menang memakai'. =)

    ReplyDelete
  8. ahaha...x bule shopg daa...budget bulan ni da lari..huaaa T_T

    ReplyDelete
  9. saperlar tak sayang bini.. ehehe

    tapi ader kann.. kanns

    ReplyDelete
  10. cuNa, dah nak gi Sabah jalan2 kan..

    en_me, huhuu mesti la sayang. tapi mmg ada org tak sayang bini... siaan.

    red One, bersederhana itu memang penting, jgn sampai membazir.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails