Kerana dirimu amat berharga

Thursday, January 20, 2011

Saaatu, Duuua, Tiiiga...

Satu hari di dalam kereta...

Aiman: Satu, Duer, Tige, Empat, Lime...
Babah: Tige tu macam Tigger and Pooh aje.
Aiman: Tak laaah!
Babah: OK, Aiman ikut babah cakap. Saaatu, Duuua, Tiiiga, Empat, Liiima (sambil menyebut sebutan baku dan buka mulut luas-luas). Baru betul!
Aiman: Tak laaah (gaya tak puas hati)! Babah ni tak pandai lah! Nanti Aiman hantar pegi sekolah budak kecik balik baru tahu!

Saya boleh berbahasa loghat utara dengan baik. Berkahwin dengan orang belgium yang membesar di KL, kemudian bertugas pula di pantai timur, tidak banyak mencairkan bahasa saya. Walaupun begitu, terdapat juga beberapa perkataan yang saya hampir terlupa kerana amat jarang digunakan. Sesekali jumpa kawan-kawan yang sebahasa barulah boleh lepas gian.

Semalam sewaktu check-up ummu aiman di klinik, ada seorang budak perempuan  sekitar 3 tahun dok berbual cot-cet-cot-cet. Soalan saya banyak dibalas dengan "Ha? Apa dia?" mungkin sebab saya ni kiranya cakap luar lah bagi dia barangkali. Tried in English, tak berjaya juga. Bila ummu aiman bertanya menggunakan makhraj tempatan yang betul barulah budak comel tu faham, 'Mok sakik, tido atah katey'. Tapi yang best dia panggil saya abang, dan ummu aiman dipanggil kakak, hehehe.

Sedar atau tidak, most Malays are accommodating others. Bila pergi market ikan, cakap dengan apek jual ikan guna loghat Cina, "Apek, ikan tenggili talak ka? Ini belapa linggit?". Kat kedai mamak pulak jadi bahasa lain, "Aney, itu rrroti kasi kuah kari  atas taruh jugak ah, kasi banjir. Parpu tamau". Dah bila jumpa Indon, mulalah kita bercakap indon pulak,"Enggak appa appa, bisa ajja buk".

Itulah, daripada bahasa, sampailah ke bab-bab lain pun, kita saja la yang asyik dok accommodate orang lain...

10 comments:

  1. the 'nggak apaa apaaa, bisa aja' will be much heard and used more lah after this, dop gittew? hehehe

    ReplyDelete
  2. wahahhaa...iya bukkk..nampak gayanya begitu dehhhh~

    ReplyDelete
  3. iyyaaaa..bisa2 aja kita ngobrol2 ya buk..wkwkwkwkwk

    ReplyDelete
  4. hmmm... indonization is actually taking place... haha...

    ReplyDelete
  5. yess...slowly but surely..kui3x

    ReplyDelete
  6. Laju update lening....free dari keje'ang barangkali...

    ReplyDelete
  7. Dr Amad,
    ikut mood dan tahap busy gak, keje mmg depang komputer doh...

    ReplyDelete
  8. iya kang..baksonya ada atau enggak..kalau bisa, saya mahu supir sekali..bawa saya wisata ke bandara....

    ReplyDelete
  9. Ye la I pun..dok Tagnu cuba2 nak berckp tganu. Dok kelantan cuba2 nak berckp kelantan. I ckp dgn maid bahasa Endon. Berbelit lidah aku!

    ReplyDelete
  10. sahrom, fasih nampak. Lama tak makan bakso...

    TK, hehe saya selalunya tak berapa nak menjadi.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails