Kerana dirimu amat berharga

Sunday, January 11, 2009

Semalam

Malam semalam telah selamat diadakan majlis solat hajat di rumah kami di Bankstown. Seperti biasa kaum isteri rupanya dah dok beremail-email planning nak buat kat mana, dok cari tempat yang sesuai. Ada nak buat kat Malaysia Hall, ada yang cadang di Ryde. Elyn di rumah tak bukak email, maka lepas dah bukak email barula dicadangkan di rumah kami kat Bankstown ni. Dulu masa bulan posa dah buat sekali semayang ramai2, alhamdulillah semua muat. Maka sebulat suara setuju diadakan program kitorg tu di sini.

Pukul 8 mlm semua dah ada. Macam biasa makanan penuh la satu meja. Masuk ja waktu Maghrib kami pun solat jemaah sama2 diimamkan ust Zahid. Lepas tu sambung dengan solat hajat mintak doa pada Allah supaya selamatkan Palestin dan kalahkan Israel. Kendian sambung pulak dengan tazkirah ringkas pasal sejarah Israel oleh tok imam kita. Lepas tu sambung dengan aktiviti dinner.

Makan
Macam biasa makanan beraneka jenis, cumanya kali ni main menu nasi putih. Jadi kawan2 bawak lauk-pauk la sorang sikit. Lain drp tu ada rojak buah, cucoq keria, fruit cocktail (aku takdan rasa) dan fettucini pasta (pun takdan rasa). Sedaap. Dah adat jadi tuan rumah, banyak la peninggalan makanan, jadi hari ni dok makan yang tu la sampai kekenyangan dibuatnya. Dah tak pi mana dok rumah saja hari ni, maaakan ja. Burrpp!

Meriah
Tiap2 kali berkumpul memang la meriah suasana. Aiman excited amat, dok main ngan kawan2 dia. Aku terpaksa sound budak2 ni suruh diam sat, dari mola orang solat tak diam2. Berkesan la dalam 2-3 saat, budak2 biasala. Kat mesia pun aku ni paksu yang garang jugak dengan anak2 menakan. Bila time berkumpul adik-beradik tak sah kalau tak gaduh. Kalau ada paksu ni memang depa kena la. Tapi depa manja gak ngan aku. Rindu pulak kat budak2 tu...

Letih sangat gamaknya, Aiman meragam sat tengah malam dalam pukul 2 am. Menangis tiba2, aku pun bang bagai kat dia. Sat nak mama, sat nak abah. Tak tentu arah. Alhamdulillah tak lama, pastu dia tidoq la balik sampai ke 10 pagi. Yang mak pak dia lepas bangun subuh (mujoq tak terbabas) join Aiman lena jugak sampai matahari naik.

Baguih jugak sekali sekala kita buat majlis lagu ni. Selalu tu dok picnic dan makan2, sesekali selit majlis macam ni seronok jugak. Rumah kami di Bankstown ni InsyaAllah sentiasa terbukak kalau nak dijadikan event venue for the next time. Tapi tu la, gambaq satu pun tak ambik!

1 comment:

  1. my blog dah pinky pinky..got flower some more... hahahaha

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails