Kerana dirimu amat berharga

Tuesday, August 31, 2010

Merdeka Buat Saya

Merata-rata ucapan Selamat Hari Merdeka kedengaran. Di Facebook, ucapan Selamat Hari Merdeka sering diikuti dengan ayat-ayat lain seperti "merdekakah kita?", "apa erti merdeka jika ... ", "apa gunanya merdeka kalau ... ". Walau apa pun arus pemikiran anda, saya tetap sayangkan negara saya Malaysia.

Namun hari Merdeka kali ini amat bermakna buat saya. Terasa seperti sebuah bakul besar yang berat telah dialihkan daripada bahu saya. Terasa kehidupan telah dikembalikan kepada saya.  Erti kemerdekaan buat saya kali ini...




Gambar kurang jelas.


Even though this is not the end yet, but to reach at this point is a huge blessing, Alhamdulillah. Now we wait for the outcome, hopefully everything will go smoothly. Please pray for me dear friends... 

Saturday, August 28, 2010

Mari Berkebun

Alhamdulillah, kita masih diberikan kesempatan untuk menghirup udara Ramadhan. Kita wajib bersyukur atas segala kurnianNya. Sama-samalah kita merebut peluang di akhir Ramadhan ini untuk beramal. Ingatan untuk diri sendiri terutamanya... zakat pun tak bayar lagi ni...



Duduk di rumah teres manalah ada tanah sangat nak bercucuk tanam. Maka tanah yang sekangkang kera itulah nak disumbat segalanya. Bagi mereka yang dah buat extension, terpaksalah bertanam di dalam pasu. Itupun kalau suka bertanamlah.



Di barisan rumah saya, kebanyakan rumah dah pun diextend dapur mereka sampai ke longkang. Tinggal beberapa buah saja yang masih original, termasuk rumah saya. Tanah yang sebesar kelemboi itulah saya tanam pucuk ubi, serai, pokok beluntas, kacang kelisa (kacang botor), daun kadok, pokok limau purut, daun karapule (pokok kari la tu) dan daun pandan.  Saya ni jenis tanam-dan-tinggal, hanya jenguk melalui tingkap saja. Kalau dah layu sangat barulah saya siram. Alhamdulillah, pokok-pokok ni setakat ni nampaknya hidup dan dah boleh diguna setakat nak buat tomyam, kari dan nasi lemak.



Suatu hari,setelah beberapa lama tak turun ke kebun (macamlah besar sangat kebun), saya lihat ada pokok baru tumbuh betul2 di tepi pagar. Perdunya di sebelah luar. Daripada bentuk daunnya serta bersulur paut saya menjangkakan pokok labu. Kemudian saya perasan seperti ada baja berwarna pink yang ditabur di pangkalnya. Fikiran saya mula membuat pelbagai kesimpulan, justeru membaca ayat2 quran yang patut, mudah2an ianya bukan sesuatu yang membawa keburukan. Saya tidak mencabutnya, tetapi terus memerhati setiap hari. Rupanya timun, seperti yang di dalam gambar.



Alkisah pada suatu hari sedang saya mandi di bilik air belakang, terdengar orang berbual di lorong belakang. Dari perbualan itu maka tahulah kisahnya, bahawa pokok itu ditanam oleh bibik jiran yang selang beberapa rumah dari rumah kami. Tuan rumah dah extend habis, bibik ketagih nak bercucuk tanam barangkali, lalu ditumpangnya rumah orang, hehe.



Pernah juga ketika saya di dapur membuka tingkap, terlihat bibik yang gelabah terus berlalu, mungkin takut saya marah. Agaknya melawat pokok timunnya lah tu. Apalah bibik, cakap saja terus terang. Nanti saya boleh suruh bibik tolong cabut rumput, lalang dan tolong siramkan pokok sekali, nanti nak balik raya ni...



Timun tu dah berbuah, kira saya punya ke bibik ittew yang punya?





Anak benih pokok kari diimport dari Taiping untuk mengekalkan citarasa bonda.




Anak benih limau purut dari pasar tani stadium Kuantan, murah saja.




Ulat beluncas ni kalau dibiarkan mau togel pokok limau purut saya, eating machine.  
Mujur sempat diselamatkan.

Saturday, August 21, 2010

It's Our 6th Anniversary

Pada 21 Ogos 2004, saya telah sah menjadi suami orang dengan sekali lafaz. Alhamdulillah, diam tak diam telah 6 tahun saya menjadi suami orang...


Tengok pelamin je lah yer, pelantin malu nak keluar.



Hampir 70% daripada usia hidup bersama dihabiskan di perantauan. Tahun ini perkali kali ber'anniversary' di Tanah Melayu. Pelbagai cabaran dan dugaan melanda. Sedih, gembira, suka, duka, sama-sama diharungi. Bak kata P. Ramlee, sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. Namun segalanya menjadikan kasih sayang yang bertaut bertambah kukuh. Diserikan lagi dengan kehadiran Aiman pada tahun ketiga mengharungi bahtera rumahtangga, hidup semakin ceria. Semoga Allah terus memelihara dan memberkati rumahtangga kami.

Wednesday, August 18, 2010

Smart Way Of Keeping Biscuits/Tit-bits Fresh & Crispy

 I got this tip from my group emails. Now you don't have to buy the plastic clips and save your money and  the food stays fresh...


1.  Clean and dry the disposable plastic bottle.
 2. Then, cut out the neck of the disposable bottle (refer to picture above) <>3 inches long. 




3. Put left over biscuit/tit-bits in the plastic & insert the plastic bag through the neck of the bottle (refer to picture).  Then tighten the cap.

Jom Cuba!





At this very moment

This year is the first time my mother goes through the month of Ramadhan alone without abah. We went back to Taiping last weekend. I really need to check on her. Alhamdulillah she seems stronger than I thought. I tried to persuade her to follow me back to Kuantan but she refused. The reason being that she does not want to leave her tadarrus group. As far as I remember, she never missed joining the tadarrus group every Ramadhan since she retired from work. As long as she is happy, I am happy...


On the way back to Kuantan, we stopped by abah's grave. It looks green around there, maybe because of the rainy days lately. The graveyard was like a garden, with the graves sorted in straight lines, and all the plants and trees were well kept. We made some prayers and left abah, alone again...

We stopped at Gombak and I spent a night there before coming back to Kuantan. At this very moment, the similarity of me, my mother and my father is were are all alone. Aiman and his mother is in Gombak, as my father-in-law just had an eye surgery. Aiman is not very well too, he is having this HFM disease which I believe he caught from his tadika. Hopefully they will both get well soon...

Aiman had memorized this du'a and I always
ask him to make a prayer for me.

Thursday, August 12, 2010

Murah dan Berkualiti

Satu hari, tengah dok syok di 'bilik termenung', tetiba dengar orang perempuan menjerit (isteri saya la tu). Bau asap terbakar kat dapur, saya terus angkat cerek elektrik yang tengah menderam menandakan air sedang dipanaskan. Microwave dimatikan. Jenguk di belakang almari pada plug point  yang bersambung ke cerek tadi, berasap. Bau plastik terbakar menerjah ke hidung. Punca dan hasilnya seperti gambar di bawah.


Tercabut satu kaki: Fius tak terbakar, tapi plastik yang cair.


Saya hairan, kenapa fius yang ada dalam kepala plug tu tak berfungsi. Patutnya fius yang terbakar dulu dan memutuskan arus elektrik, barulah selamat. 


Beberapa barangan kelengkapan rumah saya dibawa balik dari Sydney. Kerana kepala plug Australia dan Malaysia lain bentuk pinnya, maka saya perlu tukar mengikut kesesuaian. Sudah pastilah saya cari yang murah saja, dan pula tertulis 'fused, unbreakable and safe' bla bla bla. Lepas terbakar tu baru perasan ejaannya pun salah. Made in mana pun tak tahu lah. Maka saya pun terpaksalah buat kerja dua kali. Kali ni kena warning awal-awal, "Jangan la beli yang murah sangat yer."


Kalau beli apa-apa barang, kita selalu akan cuba mencari yang murah. Selalu juga, kita komplen barang yang kita beli tu tak berkualiti. Tetapi adakah barang yang mahal semestinya berkualiti? atau yang murah itu low quality?


Tapi kalau makanan, saya rasa cendol di gerai mamak yang harganya murah tu lagi sedap dari di hotel... 

*teringat pulak cendol stesen keretapi Taiping... puasa puasa...*

Nota peribadi:
1. Kalau bab-bab elektrik dan pendawaian, kena cari yang elok dan berkualiti. Biarlah mahal sikit asal anak isteri dan rumah kita selamat.
2. Jangan guna peralatan yang kuat makan karen serentak jika menggunakan plug point yang sama.



Monday, August 9, 2010

Tingkatan Puasa: Di Manakah Kita Kelak?


Imam Al-Ghazali menjelaskan bahawa golongan orang yang berpuasa itu terbahagi kepada tiga tingkatan:

Pertama: Puasa Awwam atau Umum

Kedua: Puasa Khusus atau istimewa

Ketiga: Puasa Khusus al-khusus atau yang teristimewa

Kebanyakan daripada umat Islam tergolong dalam tingkatan yang pertama. Ciri-ciri mereka yang berpuasa secara umum ialah mereka mampu menahan lapar dan dahaga serta menjauhi daripada melakukan jimak di siang hari. Selebih daripada itu, kehidupan seharian adalah seperti biasa.

Golongan yang kedua pula lebih istimewa. Mereka yang berpuasa khusus ialah apabila bukan sahaja menahan lapar dan dahaga serta nafsu syahwat, bahkan anggota lain termasuk mata, telinga, lidah, tangan serta kaki turut sama 'berpuasa'. Dalam erti kata lain, anggota tubuh badan juga tidak terdedah atau terjebak dalam melakukan perkara-perkara yang laghaa atau ditegah sama sekali. Contohnya, mata tidak melihat kepada perkara yang boleh merangsang nafsu, telinga tidak mendengar alunan lagu yang melalaikan, dan lidah tidak digunakan untuk berbual kosong apatah lagi mengumpat dan bergossip.

Golongan yang ketiga ialah mereka yang berpuasa secara khusus al-khusus. Selain daripada mempunyai ciri-ciri kedua-dua tingkatan di atas, golongan ini juga mampu mengawal hati mereka untuk turut sama berpuasa, di mana keinginan duniawi zahir dan batin semuanya terkawal natijah daripada berpuasa. Contohnya, makan iftarnya bersederhana, persiapannya bersahaja, namun amalannya berganda, sedekahnya berjela, tadarrusnya bergema, malamnya bercahaya.


 


Marilah sama-sama kita berusaha untuk berada di tingkatan yang terbaik, insyaAllah. Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun yang lalu, Amiin.

Salam Ramadhan Al-Mubarak 1431H
Ramadhan Kareem, Allahu Akram!

Nota:
Kita berada betul-betul di hujung Sya'ban, namun suasana menyambut Ramadhan tidak jelas dirasai.. Kalau nak menyambut raya, seawal minggu pertama puasa sudah ada yang menghantar ucapan selamat, jualan kuih raya apatah lagi. Kita  seolah2 sedih kerana tidak dapat makan lagi di siang hari. Yang happy ialah pengusaha restoran2 besar serta hotel2 menyediakan pakej berbuka secara buffet yang mengambil kesempatan di atas 'kelaparan' nafsu kita sendiri, awal2 lagi banner dan iklan dah naik dipasang...

Thursday, August 5, 2010

Lain teko lain kendinya


Alkisah ada sebuah seminar beserta bengkel yang dihadiri oleh peserta tempatan dan luar negara. Seminar selama dua hari tersebut bermula dari 8 pagi hinggalah 5 petang. Biasalah seminar, mesti diselang-seli dengan acara makan-makan: pagi, tengahari, petang. Maaaaakan aje.


Saya tak ada bekas basuh tangan ni, jadi tak dapat nak tangkap gambar sendiri. 
Sumber gambar dari sini.


Selesai sesi pagi maka tibalah waktu makan tengahari. Beraturlah para peserta untuk mengambil juadah tengahari yang dihidang secara buffet. Selesai mengambil makanan, tibalah seorang hamba Allah yang bukan orang Malaysia ni ke hujung meja untuk mengambil minuman. Dia pun terus sahaja mencapai cawan yang berdekatan, lalu mencapai teko yang seperti gambar di atas dan menuangkan 'air minuman'nya. Niatnya mungkin bagus, hanya mahu minum air kosong, diet. Kemudian hamba Allah ini berlalu mencari tempat duduk.


Rupanya seorang wanita sedang memerhati perbuatan hamba Allah ini dari jauh dalam barisan queuenya. Memikirkan bahawa hamba Allah tadi mungkin menyangka air di dalam teko di atas adalah untuk diminum, wanita tadi segera memberitahu bahawa bekas tersebut disediakan untuk membasuh tangan, dan airnya belum tentu bersih untuk diminum. Maka hamba Allah tadi dengan sedikit aksi terkejut bersegera menukarkan 'air minuman'nya dengan air lain yang memang dimaksudkan untuk diminum.






Note 1: Kenapa orang yang berada di tepi-tepi hamba Allah tadi tak tegur dulu? Lapar sangat sampai tak perasan kot.
Note 2: Orang kita memang berat mulut sikit nak cakap dengan orang yang tidak dikenali, kena pulak bangsa lain, takut salah speaking.
Note 3: Wanita  itu adalah isteri saya. Dia memang baik dan suka tolong orang. Dah berapa kali dia suruh saya berentikan kereta tepi jalan sebab nak tolong orang eksiden. Saya penakut darah, so duduk jauh2 aje, hehe.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails