Kerana dirimu amat berharga

Friday, January 28, 2011

Beranak kat mana?

Di hujung-hujung trimester ke-3 ummu aiman ni, antara soalan lazim yang diterima ialah 'nak bersalin di mana nanti?'. Nanti ada tambahan soalan, 'berpantang kat mana nanti?' Pastu nanti mesti ada la yang nak tambah, 'bila nak tambah sorang lagi?' Kalau tanya abu aiman 'bila nak tambah sorang lagi' jawapannya 'la ni pun boleh', tengok la nak tambah apa hehe... Berbalik pada soalan pertama, keputusan sebulat suara telah diambil untuk bersalin di Kuantan.

Godak-godak kotak kat opis ni, terjumpa scroll surat beranak 'optional' si Aiman. Walaupun digulung dan disimpan dalam kotak scroll bertutup, tapi dah mula nampak kesan dimakan hari, ada tompok-tompok dah. Maka saya letakkan dalam frame dan seal terus dengan masking tape.

Birth Cert Aiman... macam dalam zoo.
Di Sydney dulu, selain daripada surat beranak formal, ibubapa diberi pilihan untuk mendapat surat beranak optional seperti gambar birth cert aiman tu. Ada beberapa pilihan background yang diberi. Sebab bapaknya si Aiman  tu suka pada flora dan fauna, maka tema surat beranak Aiman ialah Australian Fauna.

Bagi bayi yang lahir di luar negara, surat beranak dikeluarkan oleh negara tersebut. Kemudian kena ke pejabat kedutaan untuk daftar kelahiran, kemudian baru dapat Borang W yang dikeluarkan oleh kedutaan Malaysia di negara tersebut. Borang W ni kira macam surat beranak dia lah. Lepas tu baru boleh buat passport bagai, kalau tidak tak boleh pulak nak bawa balik budak tu ke Malaysia.

Saya tergelak pertama kali tengok 'surat beranak' a.k.a borang W ummu aiman dulu, 'awat besaq sangat?' tanya saya. Surat beranak saya kecik kiut aje, Taiping mali kan. Rupanya Aiman pun dapat borang W jugak.

Ummu aiman orang belgium, aiman orang ostolia, saya geng dengan baby lah nanti, orang Malaysia!

12 comments:

  1. Cantiknya birth cert dorang..
    Bestlah Aiman dah ada adik..Congratulation to you!!!

    ReplyDelete
  2. ada geng dah...

    next time kene la ummu aiman bersalin kat belgium pulak. dia pun nak geng jugakk...hihi~

    ReplyDelete
  3. mujur ada geng org mesia. kalo tidak...sorg2 la.

    uishh...lawa jugak surat beranak optional tu ekk? cuma gmbr fauna tu terasa mcm 'oi...kau ingat anak aku lahir dlm zoo?'

    ReplyDelete
  4. salam

    kita lahir kat SP aje... (^_^) ~

    ReplyDelete
  5. elyn, takoot sebenarnya...

    TK,
    thanks. March nanti insyaAllah, doakan semuanya ok...

    gB,
    kalau naik keta sejam bleh sampai belgium, mesti dia dah mintak..huhu..

    cemomoi,
    yang formal punya pun ada satu.

    isabelle,
    agaknya sebab tu aiman pun suka binatang, mcm babah dia... teeheehee. ada je gambar pembangunan, opera house, sydney bridge etc...

    ReplyDelete
  6. AzD nak tambah anak..lepas tambah anak, nak tambah apa lagi... tambah berat badan la..hehehe

    ReplyDelete
  7. Wah..adik aiman dah ada nama ke???

    ReplyDelete
  8. kak tirana, saya cadang nak penuhkan satu mpv, baru berbaloi kalau nak beli mpv pun, hehehe...

    IE, mak si aiman dah siap ada list dah, takdak chan saya nak letak nama2 klasik... huhu...

    ReplyDelete
  9. hahaha, hamboi abg azdi ada hati tuuu.
    hahahaha.

    itot

    ReplyDelete
  10. itot, ada hati tapi tak ada pitih... ekekeke...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails