Kerana dirimu amat berharga

Wednesday, December 8, 2010

Dia Sudah Berteman

Dia sudah berteman. Begitulah...

Introducing Lily, the young hen.

Beberapa minggu lalu saya telah menulis tentang mempertemukan jodoh mereka berdua. Nah, sekarang sudah menjadi teman sejati, memang serasi nampak gayanya.


Bobby sudah semakin eksyen dengan saya semenjak mendapat bini muda. Kalau dulu suka bermanja dengan saya, sekarang asyik nak berkepit saja dengan si dia. Dulu galak berkokok memanggil-manggil tuannya, sekarang sudah kurang sedikit. Pantang amat jika saya hendak memegang bininya, terkinja-kinja gayanya seperti minta dilepaskan bininya itu.

Namun Bobby tetap lebih jinak dan bersopan berbanding bini mudanya. Ketika makan di tangan, Bobby lebih teliti dan tangan tidak dipatuk sesuka hati. Maklumlah orang tua. Tetapi Lily sebaliknya lebih ganas, biasanya akan tumpah berselerak akibat patukannya yang kuat. Bulu di tengkuk Bobby juga ada yang tercabut dipatuk Lily. Nasib kau la Bobby...

Pasangan romantis
 Moga-moga perhubungan mereka bertahan lama dan akan membuahkan menelurkan hasil hendaknya...

6 comments:

  1. salam

    hehe nasib baik tak salah faham...
    rupanya sepasang ayam serama...

    muda masih agresif, lincah dan bertenaga... tua sudah kenal tuan, sopan serba serbi :P

    ReplyDelete
  2. salaam,
    hehe... ayam pun perlukan pasangan, nak juga bercouple... =)

    ReplyDelete
  3. semoga Lily cepat bertelur..amin..hehe..

    ReplyDelete
  4. hehehe.sehingga menelurkan hasil..
    lawak..lawak...

    ReplyDelete
  5. moga pasangan ini dikurniakan telur yang baik...hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails