Kerana dirimu amat berharga

Thursday, December 30, 2010

A Year In Memory

Quite busy for the last few days, bermula dari cuti dan lepas masuk semula office, maka banyaklah kerja yang perlu dibereskan.

The year 2011 is just around the corner. I just want to recap all the suka-duka sepanjang 2010...

JANUARI
Kereta telah dijual kepada seorang Aussie, maka ke mana-mana pun berjalan kaki atau naik public transport.
Persiapan untuk pulang ke Malaysia bermula. Barang-barang rumah mula di jual di eBay, atau kepada pelajar baru. Ada juga yang dipass-down secara percuma turun-temurun. Barang-barang yang nak dibawa pulang mula disumbat ke dalam kotak yang dibeli di Kennards. Walaupun masih bersedih dengan pemergian abah, namun hidup perlu diteruskan.


FEBRUARI
Last visit to Wollongong. The background is the scenery of part of NSW south coast.
Semasa menumpang di Malaysia Hall sementara menunggu flight balik, mama aiman mengalami keguguran. Tak ada rezeki maka terimalah takdir Tuhan. ALhamdulillah kawan-kawan banyak membantu. Terpaksa menunda flight seminggu ke depan. Thanks a lot to family Abg Zali & family kerana sudi tumpangkan rumah, malah pinjamkan keretanya. Missing Sydney.


MAC
First trip jalan-jalan to Kuala Terengganu.


 Kehidupan berkeluarga di rumah sendiri bermula, selepas berhempas pulas membersihkan rumah yang disewakan kepada budak-budak bujang kolej yang ditinggalkan seperti tongkang pecah. Aiman juga mula pergi sekolah. Aktiviti makan luar makan di luar bertambah kerana macam-macam makanan nak dicuba selepas beberapa tahun tak jumpa.

APRIL
Kita juga kan 'padam' suatu hari nanti...
Life goes on. Namun pada bulan ini perginya seorang kenalan yang juga sahabat rapat mama aiman menemui Ilahi. Tinggallah tiga anak-anak yang masih kecil serta suaminya. Alhamdulillah dengar berita sahabat saya ini telah pun memilih ibu baru untuk anak-anaknya minggu lepas, majlis rasminya coming soon.


 MEI
Tersengih tengok kek dia yang gedabak besar.

Aiman turned three. Kalau babah and mama saja jangan harap nak dapat kek besar tu, hadiah lagi. Untung la hang aiman jadi cucu sulung... Bulan ini juga terjadinya peristiwa 'diketuk' di lebuh raya. Kejadian berlaku di Karak Highway, kerosakan yang hanya melibatkan kos sekitar ratusan ringgit dikenakan sampai ke ribu hengget.


JUN
Masih bermain dengan kamera, menguji ilmu close-up di halaman rumah mama.

Pulang ke Taiping, kenduri arwah di Masjid Al-Falah. Tiada lagi ucapan Happy Father's Day buat abah, hanya doa yang tidak putus-putus dapat ku utuskan... 

JULAI
Pekena ayaq nyoq segaq di Mini Zoo Taman Teruntum. Lama tak ke sana, musim hujan ni.

Penulisan thesis masih diteruskan, keadaan makin kritikal ketika itu. ALhamdulillah saya mendapat bantuan dan sokongan semua, terutamanya penyelia di Australia. Walaupun berhubungan dengan internet, segalanya berjalan lancar.
OGOS
Berjaya menangkap gambar bulan purnama dari halaman rumah.
Ulangtahun perkahwinan kami yang ke-6, dan pertama kali menyambutnya di Malaysia. Berpuasa di Malaysia dirasakan sangat meriah dengan  'pesta makanan' di sana sini. Di saat Malaysia menyambut hari kebangsaan, saya juga menyambut hari merdeka kerena berjaya menghantar thesis untuk pemeriksaan pada 31 Ogos 2010. Masih berdebar menantikan keputusannya awal Januari 2011 nanti.


SEPTEMBER
First raya without abah around. Namun mama tetap meneruskan tradisi membuat ketupat palas sendiri. What we were missing was abah's cooking.
Dengan rasminya mula masuk kerja semula pada 1 September 2010. Maka bermulalah rutin hari-hari yang indah dan ceria sementara menunggu tahun 2035 menjelma... hehe...


OKTOBER
Membantu Aiman meniup tepung. Nak harapkan Aiman tiup, tepung tak terjejas langsung.
Program 'hari keluarga' jabatan dilangsungkan di Cherating. Dapatlah berkenalan dengan rakan-rakan setempat kerja yang rata-ratanya muka-muka baru bagi saya, dan saya pula muka baru bagi mereka walaupun saya mula berkhidmat sejak 2003 lagi. Dan lagi, aktiviti ber'rumah terbuka' sempena Aidil Fitri diteruskan, dan berat badan naik dengan jayanya...


NOVEMBER


Hairan, hanya gambar bobby dalam folder bulan 11. Waktu kenduri raya haji saya guna kamera orang lain.
Genap setahun pemergian abah ke rahmatullah. Sempena raya haji, pertama kali keluarga besar kami menjalankan korban secara gotong royong beserta kenduri di rumah Tam. Saya banyak belajar sesuatu yang baru. In addition, kerana adanya yang tidak dapat menerima khilaf serta berlapang dada dalam memberi dan menerima pendapat, maka saya akan lebih berhati-hati dalam menyuarakan pendapat di masa hadapan demi menjaga keharmonian.


DISEMBER
Colmar Tropicale, Bukit Tinggi.
Saya berpeluang mengambil cuti panjang, 9 hari berturut termasuk hujung minggu. Bermula di Bukit Tinggi, cuti dihabiskan di Gombak dan di Taiping. Antara acara termasuklah program mengacau bubur asyura seperiuk besar dan diagihkan, kenduri doa selamat serta makan-makan meraikan persaraan Maksu saya. Yang terbaru adalah kemenangan Malaysia ke atas Indonesia dalam sukan bolasepak piala Suzuki yang memungkinkan kita mendapat long weekend  minggu ini.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2011

14 comments:

  1. mcm-mcm berlaku dlm setahun ni ye.
    ishh..if i were to flashback mcm tu, err... not now la. not good for the baby.

    ReplyDelete
  2. Selamat Tahun baru. Banyak kenangan tu.

    ReplyDelete
  3. selamat tahun baru....yg berlalu dan berlaku telah melewati kita..semua itu pengalaman dan pengajaran..moga-moga kita semua sentiasa dirahmati dan diberkatiNya.

    ReplyDelete
  4. hepi new year...long weekend nih mau pi mana? hehehe

    ReplyDelete
  5. isabelle,
    Saja nak buat picture entry.
    tu baru tgk setahun ke belakang...

    Pok Li,
    Selamat Tahun Baru =)

    Duniaku,
    salam tahun baru jugak. Depa kata experience is the best teacher...

    cemomoi,
    kebetulan bulan malam tu memang hensem, hehe.

    Elyn,
    raining maa, into the shopping mall can la.

    ReplyDelete
  6. apa? where to? melakaaaa?? lets! muakakakakaka

    ReplyDelete
  7. Happy New year! Tahun depan cerita baru pulak...

    ReplyDelete
  8. SELAMAT TAHUN BARU..

    banyak kenangan ya??
    itu cerita 12 bulab..belum 365 hari ??

    Hujan batu ataupun hujan emas tetap tempat sendiri juga yang menjadi pilihan..

    kita akan melalui jambatan 2011 pulaaa

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah..semoga semua urusan di tahun 2011 ini akan dipermudahkan...

    ReplyDelete
  10. TK,
    Happy New Year to you too! selamat memasuki 2011...

    ikan emas,
    jenuh jugak kalau nak revise 365 hari hehe. Kata orang, tempat tumpah darah...

    sahrom,
    Alhamdulillah Tuhan masih memberi ruang dan peluang kepada kita... Semoga dipermudahkan amiin...

    ReplyDelete
  11. sy sungguh terpesona dengan gambar ketupat palas tu

    ReplyDelete
  12. imanshah,
    saya pun dok teringin bila tgk gambar tu... hehe..

    ReplyDelete
  13. salam

    cantik betul gambar bulan tu... (^_^) ~

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails